berita

Tak Fikir Pasal Jodoh, Sanggup Membujang Hingga Ke Tua Demi Nak Jaga Ibu Bapa

February 14th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pengorbanan seorang ibu bapa tak mungkin dapat dibalas hingga ke akhir hayat. Begitulah kisah hidup Lim Keat Onn berusia 59 tahun sanggup hidup membujang bagi menjaga kedua orang ibu bapanya yang tua dan uzur.

Menurut laporan Harian Metro, dia mengambil alih tugas menjaga kedua ibu bapanya selepas kesemua adik beradiknya telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

Tidak terfikir dengan soal jodoh

Sekadar gambar hiasan

Setiap hari sebelum ke tempat kerja berdekatan rumah, saya akan menyediakan makan dan minum kepada ibu dan ayah terlebih dahulu dan akan pulang semula pada tengah hari atau petang untuk lakukan perkara sama.

Tidak apalah, biar saya sahaja yang menjaga mereka. Lagipun umur saya sudah tua dan tidak terfikir dengan soal jodoh.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Terumbu Lemal, di Pasir Mas dia hanya mementingkan kesihatan ibu bapanya, Kuait Jok Sa, 87, dan Lim Kim Keir, 91, kerana keduanya menghidap penyakit asma kronik.

Menjaga ibu ayah sehingga akhir hayat

Sekadar gambar hiasan

Selagi diberi kesempatan saya akan terus menjaga mereka seperti mana mereka menjaga saya sebelum ini, katanya.

Setiap keluarga mengimpikan anaknya yang mampu menjaga mereka diwaktu usia tua kelak. Kesungguhan ditunjukkan oleh Lim Keat Onn yang tidak mengeluh untuk memberi sepenuh perhatian menjaga kedua orang tuanya patut diambil iktibar dan tauladan. Pepatah melayu pernah mengatakan ‘seorang ibu mampu menjada 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu’.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×