Adik kepada pempengaruh Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam mencabar abang iparnya, Alif Teega untuk bersemuka dengan keluarganya bagi menyelesaikan kemelut yang menjadi bualan ramai ketika ini.
Artikel Berkaitan: Alif Teega Nafi Pukul Aisyah & Berseronok Dengan Perempuan Lain – ‘Demi Allah Saya Tak Maafkan Pemfitnah’
‘Please be a gentleman’
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG) Story, Amirul memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak takut dengan ugutan Alif yang memberi bayangan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan yang mengatakan dirinya memukul isterinya di dalam kereta.
Menurut Amirul, Alif perlu bersedia dengan segala kemungkinan serta risiko yang bakal berlaku apabila dia membuat keputusan untuk memuat naik mengenai perkhabaran dirinya yang sudah pun menikah lagi.
Terima kasih pada individu yang berikan saya tangkap layar kenyataan yang dikeluarkan Alif. Macam ni lah, nak ugut untuk saman? Adakah saman malu?
Baru tahu erti malu ke? When you ready to post something to social media….you also have to prepare yourself the consequences too.
Di akhir hantarannya itu, Amirul mencabar Alif untuk datang bersemuka dengan keluarganya secara berdepan bagi menyelesaikan isu ini.
Please be a gentleman in this issue! Apa kata kau datang dan bincang secara profesional dengan kami.
Jumpa Umi dan keluarga Aisyah di rumah depan-depan. Ke dan ada family baru for your new responsibility?
Terdahulu, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan dia sudah bernikah lain. Menurut Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut adalah kerana ingin mengelak daripada berlakunya sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.
Dalam pada itu, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.
Namun, adik kandung Aisyah tampil mendakwa kakaknya itu pernah dipukul oleh Alif dan sudah menjalinkan hubungan sulit dengan penyondol sejak setahun lalu.
Tidak berdiam diri, Alif tampil menyangkal dakwaan tersebut sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai satu tuduhan yang berat.
Alif juga seolah memberi bayangan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Amirul.
Sumber: Instagram