berita

Tak Harap Bantuan, Kanser Survivor Sanggup Berniaga Tepi Jalan Teruskan Hidup

August 6th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini ternyata memberi kesan kepada orang ramai. Ada sesetengah yang terpaksa dibuang kerja sehingga hilang punca pencarian rezeki. Ini turut berlaku kepada seorang wanita yang juga merupakan kanser survivor. Menerusi perkongsian di Twitter, dia dilihat berniaga nasi lemak demi kelangsungan hidupnya.

Hanya guna meja dan kerusi

Hanya berbumbungkan langit, sebuah meja dan kerusi, wanita berkenaan setia menunggu kehadiran pembeli. Lebih menyedihkan apabila dia merupakan pesakit kanser.

Melalui perkongsian di laman Twitter Roob Ganesan, wanita ini difahamkan menjual nasi lemak dengan harga RM1. Menurutnya lagi, wanita ini ada memintanya kerja dan dia terus bertanyakan kepada seorang rakan.

Netizen tersentuh

Hasil perkongsian tersebut berjaya membuatkan netizen dan pengguna Twitter lain tersentuh hati. Selain itu, rata-rata mereka turut memuji keikhlasan hati pemuda tersebut yang sanggup membantu warga emas berkenaan. Semoga ramai yang boleh ambil iktibar dari kejadian ini dan tampil membantu memudahkan urusan aunty tersebut.

Tolong asalkan ikhlas

Fighting for the helpless

Suka baca cerita positif

Keep up buat social awareness

 

Sumber : Roob Ganesan

SKIP THIS AD ×