Sindiket penipuan di Malaysia semakin membimbangkan. Pelbagai cara yang dilakukan sidiket ini untuk mengaut keuntungan mudah. Antara sindiket yang popular ialah berkenaan isu penarikan kereta. Ada yang menyamar sebagai ejen tarik kereta yang ditugaskan oleh pihak bank.
Namun, menerusi Facebook Zakaria Hassan kongsi detik cemas dia sekeluarga berdepan sindiket tarik kereta yang berlaku di Nilai, Negeri Sembilan. Kegiatan sindiket ini dihidu apabila mengatakan kereta yang dipandunya mempunyai masalah tunggakkan bank, walhal kereta itu sudah habis dibayar.
Ala-ala mafia
Semalam berlaku kejadian yang selama kami sekeluarga tak pernah terfikir terjadi pada kami dan selalu dengar tentang scammer melalui phone dan internet tetapi ini yang real tunjuk muka pula. Kami sekeluarga baru pulang dari Melaka ikut suami berkursus di sana. Dalam jam 5.00pm lebih kami berhenti di Nilai untuk solat Asar kereta husband aku parking di hadapan Paparich. Bila husband dan anak lelaki aku keluar untuk solat. Aku yang sebelum memang agak lambat nak lock pintu kereta aku jerit panggil anak perempuan aku yang duduk belakang supaya cepat-cepat lock pintu sebab aku nampak ada kereta di belakang tak pasti kereta apa macam kereta BMW dan keluar lelaki India macam ala-ala mafia meluru dekat kereta dan aku rasa tak sedap hati pada waktu yang sama aku pulak pegang baby.
Kantoi sebab kereta dah habis bayar
Nasib masa dia sampai ke kereta kami, kereta dah locked. Dia suruh bukak pintu aku ingat dia nak suruh kereta kami keluar sebab kereta dia nak parking kat situ aku nak call husband tapi phone dia tinggal dalam kereta so aku hon kereta sebab nampak dia masih tak jauh. Husband aku patah balik dan tanya kenapa. Dia cakap nak tarik kereta katanya dah lama tak bayar di situ dah macam kantoi sebab kereta kami dah lama habis bayar dah dapat geran dari bank kalau betul diorg penarik kereta septutnya ada surat RO, then dia pusing cerita cakap no plat kereta kami klon sebab ada orang pakai siap tunjuk kad id dari kpdnkk yang aku nampak dari dalam kereta kad lesen L, then husband cakap ini memang no plat kereta kami. Situ nampak bodohnya apa kaitan dengan kpdnkk kalau dia tunjuk kad jpj ada gak kaitan.
Situasi agak tegang
Husband pun notice suruh aku bukak pintu sebab nak amik hp dan cakap kat diorang tak pe saya call polis situasi agak tegang salah seorang cuba push dan nak rampas hp husband. Ada dua lelaki India sorang dah bawak kereta pergi dari situ bila husband cakap nak call polis tapi seorang masih mahu push husband. Husband call betul depan kereta sebab kereta kami ada kamera. Then aku pun tengah pegang baby amik video jugak lelaki India yang berbaju merah tu nampak dia cuba macam nak sorok muka bila dia nampak aku dalan kereta pegang hp amik gambarnya. Lepas tu aku nampak macam dia tengah communicate dengan seseorang yang tak jauh dari situ sebelum dia blahh masa tu husband masih berbual di phone. Aku memang perasan ada lelaki macam Indon berdiri depan sebelah kiri kereta kami dari awal sebelum lelaki India tu sampai dan menyaksikan situasi tegang kami sambil mengunyah makanan dan bila aku cuba amik video die juga die terus blahh dari situ tak pasti rakan subahat atau apa.
Bernasib baik
Kejadian ni husband memang buat report polis. Mungkin kejadian ini tidak berjaya kerana Allah berkehendakkan ianya tidak terjadi. Situasi tu aku bernasib sebab husband belum jauh dari kereta jika tidak mungkin aku akan bukak kereta minta anak perempuan aku panggilnya di surau. Aku berharap agar rakan-rakan semua berhati-hati banyak trick orang buat jahat dengan modus operandi yang sama. Ni video dari hp aku dan gamba satu tu dari kamera kereta husband serah pada polis. Jika rakan-rakan park kereta dan ada orang di dalam, orang di dalam kena segera lock pintu kereta sebelum kejadian tidak diingini berlaku. Mudahan kita dan keluarga kita dilindungi dari perbuatan jahat manusia dan sentiasa di bawah rahmatNya. Aaminnn.
Sumber: Zakaria Hassan