Macam manalah boleh jatuh sakit ni? Selama ni rasa sihat je. Siapalah nak jaga keluarga saya kalau saya terlantar di hospital?
Pernah tak terfikir kalau kita tiba-tiba jatuh sakit, apa akan jadi dengan kehidupan kita? Kalau kita dah berkeluarga, bagaimana pula dengan keluarga kita? Adakah kita dah bersedia untuk tanggung pembiayaan kos rawatan?
Tak dinafikan penjagaan perubatan dan rawatan di hospital kerajaan secara umumnya adalah berpatutan. Tapi, selepas habis mendapatkan rawatan, adakah anda sedar bahawa kehidupan anda boleh berubah dan berkemungkinan untuk hilang punca pendapatan?
Jangan sangka diri kebal waktu muda – Hisham
Siapa sangka kehidupan seharian yang normal boleh berubah sekelip mata kerana serangan jantung. Bagi Hisham Hamzah, seorang penyampai radio, dia sama sekali tak pernah terbayang dirinya yang masih dalam lingkungan 30-an boleh mendapat serangan jantung.
Saya rasa tak tenang dan saya paling risau bila orang sentiasa cakap jika kita ada penyakit kritikal, kita akan terus kehilangan kerja.
Menurut Hisham, walaupun pada awalnya dia agak risau, namun dia lega kerana mempunyai perlindungan kewangan. Ini membolehkan dia bertahan sehingga pulih daripada penyakitnya dan mendapat bayaran penuh untuk penyakit kritikal yang dihidapi.
Duit bukan segalanya, tapi segalanya adalah duit.
Kenapa perlindungan kewangan penting?
Hanya 41 peratus rakyat Malaysia yang mendapatkan perlindungan hayat.
Mungkin sekarang kita rasa masih muda. Tapi jangan alpa kerana penyakit tidak mengenal usia. Untuk pengetahuan, Malaysia mencatatkan peningkatan bagi penyakit jantung koronari dengan jumlah kes 45,684 orang daripada 32.4 juta warganegara.
Lebih membimbangkan penghidap penyakit kardiovaskular di Malaysia lebih muda dengan purata umur 58 tahun berbanding di Thailand (68), Singapura (61), China (63) dan Amerika Syarikat (66).¹
Itulah pentingnya perlindungan kewangan atau bahasa mudahnya insurans atau takaful. Kadang-kala gaya hidup seharian yang terlampau aktif atau tidak sihat boleh menjadi punca kepada serangan penyakit serius atau kritikal.
Walaupun terdapat sesetengah syarikat yang menyediakan insurans bagi pekerjanya tapi kita kena tau juga sama ada perlindungan yang kita ada itu untuk perlindungan hayat, perubatan saja atau termasuk penyakit kritikal.
¹ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/541374/45684-rakyat-malaysia-hidap-sakit-jantung-koronari
Apa beza perlindungan perubatan dengan penyakit kritikal?
Untuk pengetahuan semua, terdapat perbezaan di antara pelan perubatan dan perlindungan penyakit kritikal. Bagi pelan perlindungan perubatan (Medical Card) apabila kita masuk hospital, perbelanjaan perubatan akan ditanggung oleh syarikat insurans. Tak kiralah masuk hospital atas sebab kemalangan atau mendapat penyakit kritikal.
Namun lain pula bagi perlindungan penyakit kritikal ni. Jika disahkan menghidap penyakit kritikal, kita akan diberikan bayaran pampasan sekaligus (bergantung kepada sum assured atau jumlah perlindungan).
Cuba ambil contoh seperti kes Hisham. Dia secara tiba-tiba mendapat serangan jantung, dia masih perlu bekerja untuk mencari nafkah dan membayar perbelanjaan seperti biasa. Tapi dalam kebanyakan kes, pesakit yang mendapat penyakit kritikal perlu berehat untuk satu jangka masa dan tidak dapat bekerja.
Tambahan pula, terdapat polisi di sesetengah syarikat yang tidak akan membayar gaji sekiranya pekerja mengambil cuti sakit melebihi 3 bulan dan jika melebihi 6 bulan individu terbabit berisiko untuk dibuang kerja. Dari sini kita boleh lihat betapa pentingnya perlindungan untuk penyakit kritikal.
Memiliki perlindungan penyakit kritikal pastinya dapat membantu keadaan kewangan apabila diserang penyakit kronik. Pemegang polisi akan menerima wang pampasan yang boleh digunakan sebagai sumber pendapatan alternatif buat sementara waktu. Wang ini, mungkin boleh digunakan untuk membeli pemakanan khasiat tambahan, membayar yuran asuhan anak atau sebagai perbelanjaan untuk berulang-alik ke hospital dan sebagainya.
Penyakit kritikal tak mendiskriminasi. Lindungi diri dengan PRUMy Critical Care!
Salah satu syarikat insurans yang menyediakan pelan penyakit kritikal yang komprehensif dan mampu milik ialah Prudential Assurance Malaysia Berhad, melalui PRUMy Critical Care. Banyak faedah yang tersedia untuk kita berbanding pelan insurans lain, antaranya ialah:
Perlindungan komprehensif untuk 160 keadaan
Perlindungan kewangan yang komprehensif terhadap 160 keadaan. Jika didiagnosis dengan salah satu daripada 160 keadaan, pembayaran sekaligus akan diberikan untuk membantu menampung perbelanjaan di luar kos perubatan. Ia juga memberikan perlidungan terhadap penyakit kritikal peringkat awal untuk 101 keadaan.
Pembayaran sekaligus bagi membiayai kos selain daripada yang dilindungi polisi perubatan
Sama ada bertarung dengan penyakit kritikal pada peringkat awal, pertengahan, atau akhir, PRUMy Critical Care membolehkan pemegang polisi menerima tuntutan dengan pembayaran sekaligus dan jumlah pampasan ialah sehingga 4 kali ganda!
Perlindungan diagnosis semula
Dengan kemungkinan penyakit kritikal boleh berulang, PRUMy Critical Care menawarkan perlindungan sekiranya didiagnosis semula dengan tiga kategori penyakit yang paling kerap berlaku di Malaysia iaitu Barah, Serangan Jantung atau Strok.
Manfaat istimewa untuk penyakit diabetes dan sendi
Selain manfaat di atas, pemegang polisi juga layak menerima tambahan pembayaran sekaligus sebanyak 20% daripada jumlah yang diinsuranskan sekiranya didiagnosis dengan keadaan berkaitan diabetes atau sendi.
Jika rasa melanggan pelan penyakit kritikal ni mahal, anda sebenarnya silap! Dengan PRUMy Critical Care, anda boleh pilih pelan perlindungan mengikut keperluan dan bajet tau. Serendah RM100 je sebulan!
Eh sekejap ada lagi, anda pernah dengar tentang Pulse? Pulse ni ialah aplikasi kesihatan daripada Prudential. Selain membantu memantau kesihatan dan menghubungkan anda dengan pakar kesihatan dalam talian, dengan Pulse juga anda boleh menyertai cabaran yang dianjurkan dan mendapat perlindungan kanser percuma.
Bersedia menanggung risiko serangan penyakit kritikal? Berikan perlindungan kepada diri dan yang tersayang dengan PRUMy Critical Care. Untuk mengetahui tentang pelan ni dan faedahnya boleh berhubung dengan Perancang Kewangan Prudential atau klik terus di SINI.
Sertai Cabaran #BangkitMelawanKanser & miliki perlindungan kanser percuma sehingga RM12,500*
Istimewa kali ni, Cabaran #BangkitMelawanKanser terbuka kepada warganegara Malaysia yang bukan pelanggan Prudential berumur 19-50 tahun pada hari jadi akan datang dan menawarkan perlindungan kanser percuma sehingga RM12,500*.
Cara nak sertai pun mudah, ikut je langkah kat bawah ni:
Perlindungan Khas COVID-19 daripada Prudential
Selain itu, pengguna Pulse yang menyertai cabaran ini akan melayakkan diri untuk Perlindungan Khas COVID-19 Prudential secara automatik. Perlindungan ini akan menawarkan bantuan wang tunai sebanyak RM1,000 bagi kemasukan ke hospital, serta manfaat kematian sebanyak RM10,000 disebabkan COVID-19.
Jadi tunggu apa lagi? Download aplikasi Pulse dan daftar cabaran ni. Kalau nak tau lebih lanjut tentang cabaran ni boleh terus ke laman sesawang rasmi Cabaran #BangkitMelawanKanser.