Seksi wanita mungkin seringkali dikaitkan dengan tubuh yang montok, bentuk badan yang menarik dan penampilan yang agak ‘belanja’. Lelaki yang seksi pula selalunya berkulit hitam manis, bertubuh sado, senyuman mencairkan mana-mana gadis dan bermacam lagi ciri.
Namun, perunding kewangan, Azizul Azli Ahmad mempunyai pandangannya sendiri mengenai lelaki yang seksi. Agak-agak korang seksi tak?
Apa yang lelaki seksi kena ada
Bagi kekal jadi lelaki sejati dan disayangi calon isteri, kita wajib ada akaun ini.
1. Tabung Haji
Mula kerja usahakan ada akaun TH segera, modal awal cuma RM1300 untuk daftar haji.2. Amanah Saham Bumiputera
Buka akaun ini untuk letak simpanan 6 bulan gaji kita, simpan disini kawan.3. Tabung Hartanah
Selain beli rumah ada juga unit trust yang labur dalam REIT. belajar letak dalam AHB dulu pun tak mengapa, lebih istimewa jika kita beli rumah pertama.
Azizul Azli menyenaraikan 7 ciri yang perlu dimiliki oleh lelaki untuk kelihatan ‘seksi’ di mata wanita. Tidak, bukan ciri fizikal, akan tetapi pemilikan akaun simpanan menurutnya merupakan apa yang menjadikan lelaki sebagai lelaki sejati dan disayangi isteri.
Kita tak tahu bila ditimpa bencana
4. Takaful Perlindungan
Lindungi pendapatan kita dengan baik, kita tak tahu bila kita akan ditimpa bencana.5. Skim Perasaraan Swasta (PRS)
Selain KWSP boleh buat caruman disini. Kerajaan kini beri dana tambahan RM1000 bagi pemuda usia 20-30 tahun yang buka kali pertama.
Konsisten bersedekah
6. Bursa Saham
Belajar ilmu saham,kita mungkin tak berniaga tetapi kita ada saham perniagaan di Bursa Saham Malaysia.7. Sedekah Selalu
Kekalkan amalan ini, sedekah secara konsisten. Jangan jadikan sekali sekala tetapi sepanjang masa.Gegadis suka lelaki yang sedekahkan wang mereka untuk mereka kelihatan cantik bergaya.
Sumber: Azizul Azli Ahmad