berita

Tak Kisah Apa Orang Nak Cakap – Sharifah Sakinah

May 14th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Majlis Pelancaran Parti Hiburan h live-67

Masih ingat lagi dengan video ‘bird bird’ yang dimuat naik oleh Sharifah Sakinah melalui laman sosial Keek suatu ketika dulu? Tak dapat dinafikan bahawa gadis ini sememangnya popular dek kontroversi.

Tak cukup dengan video, Sakinah telah menganjurkan sebuah program kesihatan iaitu Fitness Sakinah. Malah gadis ini turut dikecam kerana membuat baju dengan tagline ‘Cantik Tak Bontot Saya’ dan ‘Jogging Sampai Kentut’.

Baru-baru ini, timbul satu lagi berita kurang enak mengenai gadis ini apabila sekeping foto t-shirt berimejkan gambar payudara mula tersebar di media sosial.

Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Dikritik Kerana Repost Foto T-Shirt Kempen Kanser Payudara

sakinah

Walaupun teruk dikecam segelintir masyarakat, nampaknya Sakinah tetap tidak serik dengan kontroversi. Sakinah ketika ditemui di Majlis Pelancaran hlive berkata dia sedikitpun tidak peduli dengan pandangan masyarakat terhadapnya.

Saya tak kisah lansung. Sebab itu saya tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan untuk pertahankan diri saya. Saya tahu jika apa yang saya tak buat, saya akan ignore. Takkan kita nak melawan lagi, kalau kita lawan kita yang nampak bodoh.

Sakinah hanya jadi diri Sakinah. Kalau orang tak boleh terima tak mengapa. Dalam instagram pun Sakinah tak pernah melawan, tak pernah delete dan tak pernah block sesiapa pun, apa sekalipun Sakinah akan buat tak tahu. Kita kena respect orang lain punya decision, kita tak boleh nak tutup mulut orang.

Dalam pada itu, Sakinah berkata disebabkan tagline ‘Cantik Tak Bontot Saya’ pernigaannya sedikit sebanyak semakin berkembang.

Sebab tagline baju itu, Sakinah kini boleh dapatkan duit untuk melancarkan produk. Ada orang beli. Tagline itu bukan perkataan lucah atau apa, ia hanya sebagai pendekatan untuk mengajak masyarakat melakukan squat. Itu sebahagian daripada marketing, tak lebih dari itu.

Kalau nak tahu, Sakinah kini sedang sibuk membuat persiapan untuk show terbarunya iaitu #havoc yang bakal bersiaran setiap jumaat di Astro Warna. Selain itu, gadis ini baru saja selesai dengan penggambaran filem Pekak.

SKIP THIS AD ×