Seperti yang diketahui ramai, chef selebriti terkenal Chef Wan memaklumkan bahawa dirinya disahkan menghidap kanser limfoma sebulan yang lalu.
Artikel Berkaitan: Chef Wan Dedah Hidap Kanser Limfoma
Kongsi perkembangan terkini
View this post on Instagram
Terbaharu, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan bin Ismail tampil memuat naik imej terkininya selepas menjalani rawatan kimoterapi menerusi hantaran di Instagram (IG).
Menerusi hantaran tersebut, Chef Wan memaklumkan dia mengalami keguguran rambut yang agak banyak sehingga menyebabkan dirinya botak susulan rawatan kimoterapi yang dilakukan.
Namun, bapa kepada dua orang anak itu mendedahkan dia tetap yakin untuk bersemuka dengan orang ramai dan sama sekali tidak bimbang dengan penampilan terbaharunya itu.
Qamal memberitahu saya bahawa mungkin saya ingin memakai topi atau menutup kepala saya selepas mencukur keseluruhan rambut.
Tapi saya katakan bahawa saya lebih yakin dengan diri saya dan sama sekali tidak memikirkan pandangan orang lain terhadap imej terbaharu saya.
Tambah Chef Wan lagi, imej baharu itu bukan sahaja menambah keyakinan pada dirinya malah turut membuatkan kepalanya berasa ‘ringan’.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan chef selebriti itu.
Mereka juga mendoakan agar Chef Wan terus tabah dan cepat sembuh dari penyakit yang dialaminya.
Sekadar info, Chef Wan tampil berkongsi perkembangan terkininya yang menghidap kanser limfoma pada awal Ogos yang lalu.
Sumber: Instagram