berita

Tak Layak Digelar Anak Seni Pun – Sharifah Aini

May 13th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sharifah Aini

Biasalah, sudah lumrah hidup artis, ada yang bagus, ada yang merendah diri, namun ada juga yang tak tahu menghormati orang lain.

Luahan hati Datuk Sharifah Aini kepada Utusan semalam mendedahkan tentang sikap seorang artis muda tempatan yang suka meninggi diri. Tidak mendedahkan siapakah artis tersebut, Sharifah Aini turut menyatakan rasa kecewanya.

“Memang saya pernah jumpa beberapa kali artis ini. Tapi sikap sombong yang ditunjukkan olehnya memang buat saya kecewa sampai nak hulur tangan bersalam dengan orang lain pun tak mahu.

“Hidup jangan meninggi diri. Kalau sampai tak mahu salam, tegur orang sebab dia kaya raya apakah ertinya? Orang macam ini tak layak digelar anak seni pun sebenarnya.”

Beliau yang sebelum ini dirawat di hospital beberapa bulan lepas menasihatkan para artis agar merendah diri dan melayan semua orang.

“Bila jadi anak seni kita kena merendah diri dan melayan semua orang. Kalau bukan berstatus anak seni pun sudah tentu kita kena saling hormat menghormati dan merapatkan silaturrahim.

“Sepanjang 45 tahun saya dalam industri saya sendiri tak mahu sombong dan lupa diri. Bila kita baik dan merendah diri, semua orang sayang.”

Betul itu, tak kiralah siapa diri anda, hormatilah orang lain kalau mahu diri dihormati semula.

SKIP THIS AD ×