berita

Tak Mahu Anak Diejek Rakan, Lelaki Minta Guru Batalkan Homework ‘Ceritakan Pekerjaan Bapa’

October 1st, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Tidak mahu anak diejek gara-gara pekerjaannya sebagai seorang penghantar makanan, seorang bapa meminta izin guru untuk menukar tugasan anaknya di sekolah. Perbualan diantara mereka viral apabila dia berkongsi ‘screenshot’ perbualan tersebut di akaun Twitter miliknya.

Risau anak dibuli

Menerusi perbualan tersebut, seorang bapa yang hanya dikenali sebagai Sir Edwin memaklumkan anaknya, Bintang telah diberi tugasan untuk menceritakan tentang pekerjaan bapa mereka menerusi rakaman video. Kemudian video itu harus dihantar ke dalam ‘group whatsapp’ ibu bapa anak murid yang lain. Dia yang hanya bekerja sebagai seorang penghantar makanan, risau jika anaknya dibuli jika menyatakan pekerjaannya itu, meminta izin supaya tugasan tersebut disiapkan dengan bercerita secara terus di hadapan gurunya itu di sekolah.

Walaubagaimanapun, gurunya itu menyatakan tidak akan ada sesiapa yang akan membuli Bintang dan dia disayangi oleh setiap orang di sekolah, ini kerana dia merupakan seorang anak yang baik. Selain itu, gurunya itu juga menyatakan Bintang juga sering membantu setiap rakannya dengan meminjamkan pensil warna dan juga menghulurkan ‘jajan’ pada setiap rakannya yang tidak membawa makanan ke sekolah.

Dapat perhatian netizen

Hasil perkongsian di laman Twitternya itu telah mendapat perhatian netizen. Mendapat lebih kurang 19.6k retweets dan lebih 69k likes, rata-rata menyatakan supaya dia tidak perlu malu dengan hanya bekerja sebegitu. Melalui ruangan komen, ramai juga yang bangga dengan tindakan Edwin apabila mahu melindungi anaknya itu dari dibuli oleh anak murid yang lain di sekolahnya.

Sumber : Sir Edwin

SKIP THIS AD ×