Balu kepada pelawak, Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali berharap agar adik iparnya yang juga merupakan pelawak, Ali Puteh untuk melangsaikan hutangnya secepat mungkin sekaligus dapat menamatkan persengketaan yang berlaku di antara mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Apa Salah Saya, Kenapa Asyik Dimaki Orang? Adakah Akan Terus Berlaku Hingga Kiamat?’ – Ali Puteh
Duit untuk anak
@melodiberapi “Saya mohon bayar hutang bukan untuk saya tapi untuk Hamzah” – Hidayah, balu arwah Abam Bocey. #meloditv3 #ceritaartismalaysia #fyp??viral #tv3 #aliputeh #hidayahabam ? original sound – Melodi
Menerusi temu bual bersama Melodi, Hidayah mendedahkan bahawa pihak adik iparnya itu masih belum membuat sebarang bayaran kepadanya untuk melangsaikan hutang.
Menurut wanita berusia 31 tahun itu, dia menuntut Ali berbuat demikian bukanlah kerana tamak akan harta peninggalan arwah suaminya namun bertujuan untuk menuntut hak anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang baru berusia empat tahun.
Saya harap pihak ali boleh selesaikan dengan baik sebelum kami buat haluan masing-masing sebab benda ni pun dah berlarutan lama dah.
Saya pun tak nak bermusuhan sebab Hamzah pun bukan orang lain, anak saudara dia juga. Saya nak minta hutang ja dan hutang itu untuk anak saya dan bukannya untuk saya. Saya tak tamak pun harta sebab saya pun ada harta saya sendiri.
Saya harap dia dapat selesaikan dengan baik.
Dalam pada itu, Hidayah turut mendoakan agar perniagaan yang dijalankan Ali ketika ini bertambah maju dan dapat menyelesaikan hutangnya secepat mungkin.
Kalau arwah masih ada sudah pasti dia pun akan sedih dengan apa yang berlaku ditambah pula dengan anak kami yang masih kecil lagi.
Kalau boleh, bairlah selesai dengan cara baik dan dapat berbaik sesama keluarga.
Kepada adik ipar, Syed Ali saya doakan perniagaan dia semakin berjaya. Bila dah berjaya, bayar ja hutang saya sebab saya tak nak kes ini berpanjangan.
Sementara itu, peguam kepada Hidayah iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad memaklumkan bahawa Ali ada membuat tawaran untuk menyerahkan beberapa buah motosikal miliknya sebagai ganti untuk membayar segala hutang kepada anak guamnya.
Namun, tawaran tersebut ditolak Hidayah kerana jumlah keseluruhan motosikal berkenaan lebih rendah berbanding hutang Ali.
Oleh itu, kami telah pun membuat tawaran semula kepada pihak mereka untuk membuat sejumlah pembayaran dan bakinya itu dibayar secara ansuran namun tiada maklum balas dari pihak mereka.
Kami juga ada mencuba menyita rumah yang dipercayai pada ketika itu adalah milik Ali tapi rupanya rumah tersebut merupakan harta pusaka arwah ibunya. Jadi, kami pun tidak meneruskan dengan tindakan tersebut.
Sekadar info, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia akibat demam panas di kediamannya pada 10 Februari 2020.
Selepas pemergian arwah Abam, berlaku sedikit konflik di antara Hidayah dan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan yang membabitkan peninggalan harta arwah Abam.
Sehinggalah pada 20 Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan di media sosial yang menggambarkan dirinya sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan Hidayah menang kes berkenaan dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 dua tahun selepas itu.
Sumber: Melodi