berita

Tak Mahu Jadi Isteri Kedua Atau Ketiga – Abby Abadi

July 29th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Abby Abadi

Selepas melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan pada 9 Julai yang lepas secara rahsia, Abby Abadi kini dilihat semakin bahagia bersama suami barunya.

Menerusi laporan Sinar Harian semalam, anak-anak Abby juga sudah mula menerima ayah baru mereka, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, walaupun pada mulanya wujud perasaan cemburu selepas sekian lama melihat ibu mereka solo.

“Lima tahun saya sendiri dan tiada lelaki yang bersama saya, jadi anak-anak sering bersama saya. Jadi bila Farhan datang ke dalam keluarga kami, mula-mula mereka cemburu juga.

“Tapi lama-kelamaan mereka sudah menerima Farhan, apatah lagi Farhan pandai mengambil hati mereka, biarpun tidak ada pengalaman menjaga anak sebelum ini. Lucunya kini, mereka suruh kami selalu berkasih sayang pula.”

Abby Abadi & Suami

Abby Abadi bersama suaminya

Menariknya, melalui laporan yang sama juga, Abby telah mendedahkan sekali lagi tentang lamaran yang pernah diterimanya dari orang lain sebelum dia berkahwin dengan Farhan.

“Sebelum ini ada lelaki yang sebaya dan juga lelaki yang lebih tua termasuk suami orang menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya, tapi saya tolak dengan cara baik.

“Itu adalah pendirian saya yang tidak mahu menjadi isteri kedua atau ketiga sekali pun. Alhamdulillah kerana hubungan saya dan suami dipermudahkan.”

Untuk pengetahuan, Abby Abadi sebelum ini telah bercerai dengan Norman Hakim pada tahun 2009. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohammad Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim.

SKIP THIS AD ×