Penyanyi, Ayda Jebat meluahkan hasrat untuk berlakon drama pada tahun ini sebelum membuat perancangan hamil anak kedua.
Artikel berkaitan: Nabil Mahir Sanggup ‘Beratur’ Beli Tiket Konsert Blackpink, Ayda Jebat Terharu Dapat Hadiah ‘Birthday’ Awal
Artikel berkaitan: ‘Kenapa Bayaran Persembahan Saya Mahal? Semua Buat Sendiri & Tak Miming’ – Ayda Jebat
Saya mahu mengandung
Kalau boleh, sebelum Aidilfitri, saya mahu terbabit dalam pembikinan drama. Insya-Allah, selepas itu saya mahu mengandung. Saya tidak mahu jarak usia anak pertama dan kedua terlalu jauh. Saya juga tidak mahu terlalu kerap bercuti kerana apabila hamil, saya malas bekerja. Insya-Allah, saya mahu dua atau tiga anak yang jarak usianya dekat-dekat.
Tambah Ayda, dia juga teringin berlakon filem untuk menimba pengalaman baharu. Terkini, Ayda dan adiknya, Fyna Jebat sedang bersaing dengan enam pasangan lain dalam program Famili Duo. Pasangan adik beradik ini ternyata hebat kerana mengungguli carta keseluruhan setakat ini.
Sumber: Berita Harian