berita

‘Tak Masuk Akal’ – Emas Atlet Gimrama Ditarik, Malaysia Hantar Bantahan Rasmi

December 9th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Aksi kontijen negara di gelanggang gimrama di Sukan SEA Filipina 2019 di Colesium Memorial Rizal sepastinya banyak menyumbang pingat emas buat negara kita. Aksi atlet gimrama iaitu Izzah Amzan dalam acara riben berjaya membuahkan pingat emas kepada kita namun, kegembiraan itu berakhir apabila pihak penganjur menarik balik dan sekadar diberikan pingat perak.

Emas ditarik pihak penganjur

Pada hari Sabtu lalu, Izzah Amzan bersama rakan senegara iaitu Koi Sie Yan telah diumum sebagai pemenang pingat emas dalam acara tersebut. Tindakan pihak penganjur berbuat demikian telah mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan para atlet dan jurulatih pasukan.

Tidak masuk akal

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq menerusi Facebook meluahkan rasa tidak puas hati akan keputusan menarik balik pingat emas dari atlet Izzah Amran. Izzah sebelum ini memperoleh dua emas masing-masing menerusi acara bola dan riben.

Tidak masuk akal.? Di atas nasihat penganjur, saya sendiri kalungkan pingat emas Izzah.? Mengikut Teknikal Handbook penganjur pun, membenarkan pingat emas Izzah.? I will not tolerate this.? #TeamMAS telah protest dan tuntut keadilan.?

Kesal dengan keputusan delegasi teknikal

Bagaimanapun, Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019 iaitu Datuk Megat Zulkarnain Omardin menyifatkan insiden itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan majlis penyampaian pingat telah diadakan selepas berakhirnya acara.

Ini bukan yang mudah kerana ia melibatkan imej negara yang mengambil bahagian dan mereka (PHISGOC) terima bantahan ini dan saya maklumkan kepada mereka untuk memasukkan semula pingat emas berkenaan dalam carta kutipan pingat selewat-lewatnya pada hari ini.

Menerusi pertemuan dengan wakil PHISGOC pagi tadi, saya telah membentangkan beberapa klausa dalam buku teknikal dan saya fikir mereka faham dan setuju, cuma apa yang kita kesalkan adalah keputusan delegasi teknikal pertandingan gimnastik berirama.

Dia turut mendakwa perkongsian pingat emas yang pernah berlaku dalam sukan gimnastik berirama pada edisi 2015 di Singapura dengan menyaksikan Koi Sie Yan dan Shasangari Sivaneswari Nagarajan dinobatkan selaku pemenang bersama dalam acara individu all-around.

Sie Yan dan Izzah mencatat kutipan 15.200 mata dalam apparatus riben pada 7 Dis lalu, tetapi juri mengisytiharkan Sie Yan sebagai pemenang pingat emas manakala Izzah di tempat kedua berdasarkan perbezaan tahap kesukaran melakukan rutin.

Sumber: Bernama, BH Online, Syed Saddiq

SKIP THIS AD ×