Anak pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona tidak boleh lari daripada mata netizen yang 24 jam pantau penampilannya biarpun jauh di perantauan.
Terbaharu, Leona menuai kecaman netizen selepas mengenakan pakaian merah tanpa lengan sehingga menampakkan lurah di bahagian dadanya.
Artikel Berkaitan: Leona Bikin Panas Tayang ‘Lurah’ Lagi, Netizen Perli, ‘Sana Tengah Musim Panas Ke?’
Artikel Berkaitan: ‘Dah Penat Nasihat Kasih Iris Leona Tapi Makin Menjadi’ – Azhar Sulaiman
Artikel Berkaitan: Leona Sambut Halloween Siap Ada Tiga ‘Outfits’, Netizen ‘Petik’ Nama Azhar Sulaiman
Tak angin
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Azhar tidak marah sebaliknya menasihati anak bongsunya.
Kata Azhar, 57, ada segelintir pihak sengaja menunggu ‘bahan panas’ daripada Leona untuk dikecam.
Oleh sebab itu, Azhar mengingatkan personaliti media sosial itu untuk tidak menjadi mangsa kutukan warganet.
Dear Leona. Sesetengah orang memang sengaja tunggu awak buat posting dengan imej seksi dan kutuk awak serta keluarga.
Jadi, jangan jadi bahan cemuhan orang ramai with your sexy outfits segala.
Anak dugaan terberat
Di ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat kelakuan Leona sebagai ujian untuk Azhar mendidik anak-anak.
Selain itu, ada juga yang mengingatkan pelakon filem Mira Edora untuk tidak putus mendoakan agar anak berumur 20 tahun berubah menjadi insan lebih baik.
Sebelum ini, Azhar mengakui dia sudah ‘jenuh’ menasihati Leona dalam bab pemakaian namun tidak dihiraukan.
Untuk rekod, Azhar dan Chempaka Emalin Pahamin mempunyai dua anak kembar lelaki dan perempuan iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin serta anak sulungnya, Kasih Leia Ixora.
Sumber: Instagram @azharbsulaiman