Menteri Belia dan Sukan semalam memberi respon terhadap tweet Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan satu tweet. Tweet TMJ dikatakan ditujukan kepada menteri muda itu yang memuji Perdana Menteri sebagai ‘perfectionist’.
Artikel berkaitan: Digelar ‘Budak’ Kerana Anggap Tun M ‘Perfectionist’, Ini Respon Syed Saddiq Kepada TMJ
Antara lain, Syed Saddiq membalas dengan mengatakan seseorang perlu memandang ke depan dan bukan sebaliknya untuk terus maju. Terbaru, TMJ membalas kembali tweet Syed Saddiq itu.
Tak mention nama pun
TMJ membalas satu tweet yang mengatakan dia tidak menyebut mana-mana nama pun dalam tweet sebelumnya namun semua ‘melompat’ sehingga menjadi bahan berita. TMJ juga turut meluahkan rasa sedihnya apabila hanya andaian dibuat untuk dijadikan berita tanpa perlu pengesahan.
Tambahnya lagi, perkara itu bukan tentang menyatakan yang benar tapi siapa dulu yang menyampaikan dan cerita apa yang boleh dijual.
Kirim salam semua
TMJ turut dilihat membalas komen Syed Saddiq dengan memuji satu foto keluarga Tun Siti Hasmah dengan sekumpulan 5 lelaki dan 4 wanita yang dipercayai cucu kepada Tun Dr Mahathir.
Saddiq cucu belah mana?
Siapa makan cili dia yang rasa pedas
Sumber: TMJ