berita

Tak Nak Kahwin Awal Sebab Belum Berbakti Pada Ibu Bapa? Lelaki Ini Jawab Persepsi Negatif Tentang Kahwin Muda

August 4th, 2016 | by Ai
Kini Trending

coverkm

Kahwin muda ketika zaman belajar bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita, namun masih timbul pelbagai persepsi negatif berkaitan perkara ini, apatah lagi keadaan kewangan tidak mengizinkan dan masih belum berbakti kepada ibu bapa.

Terpanggil untuk bersuara tentang perkara ini, anak muda bernama Haziq Azree yang berkecimpung dalam bidang motivasi menceritakan pengalaman peribadinya tentang berkahwin dalam usia muda. This is yet not just another early marriage story, bacalah dengan hati dan minda yang terbuka serta pandanglah dari sudut positif!

Terima Pelbagai Persepsi Negatif

Nikah-in-Islam-820x300

Saya pelik dengan sikap sesetengah orang yang sangat negatif bila sebut kahwin muda. Macam satu dosa dan pelbagai persepsi negatif.

Saya mula nak kahwin waktu di alam universiti. Bila cakap nak bertunang je masa usia 22 tahun macam-macam reaksi. Ada yang memerli dalam group whatapps macam-macam cerita dan ada individu yang kononnya nak sekolahkan saya tapi tak kenal saya secara dekat.

Alasannya nanti pelajaran merosot dekat universiti dan tak dapat berbakti pada ibu bapa. Alhamdulillah realitinya waktu bertunang hingga saya kahwin pointer sy tak pernah bawah 3.9.

Magik Selepas Berkahwin!

km

Berbakti? Adakah kita duduk serumah dengan ibu ayah dari belajar sampai lepas habis belajar bermakna kita telah berbakti? Kalau bangun pagi lewat, baju mak basuhkan, malas cari kerja, makan minum semua mak ayah tanggung, tambah topup lagi extra. Nak hulur duit lagilah tak, sebab tak kerja. Adakah ini namanya berbakti?

Atas kedegilan saya teruskan bertunang ketika usia 22 tahun. Terdapat beberapa sebab saya serius dalam hubungan. Kami rakan sekelas di Universiti dan setiap tugasan kumpulan bersama. For sure berkepit sebab tugasan kuliah dan adalah sangat tak logik kalau saya ada kereta tapi saya tak tumpangkan orang saya sayang. Tapi for sure ustaz ustazah ‘segera’ berbunyikan.

Akhirnya saya ambil keputusan untuk berkahwin walaupun masih belajar. Sejujurnya saya rasa ada MAGIK bila dah kawin.

Dulu masa bertunang kami pernah korek tabung tak cukup nak makan. Maklumlah hidup alam univerisiti. Tapi bila kahwin rezeki melimpah ruah. Ada sahaja pensyarah-pensyarah yang baik hati bagi job dekat saya uruskan kajian-kajian, key in data atau handle program di universiti.

Jadi Lebih Bertanggungjawab!

haziq

Selain itu, semakin hari syarikat kami berkembang, setiap hari ada sahaja permintaan untuk program motivasi penuh. Saya belajar 3 hari seminggu, 4 hari lagi saya uruskan syarikat. Ingat lagi saya pernah memandu sambil baca buku sebab sehari sebelum exam saya dapat jemputan ceramah di negeri Terengganu. Satu lagi magiknya, selepas tu saya terima banyak sangat Anugerah. Pernah sekali saya hantar pencalonan sehari sebelum tutup tapi esoknya nama saya berjaya terima walaupun mereka dah ada calon. Sampai saya risau rezeki mudah sangat. Takut ujian lebih berat.

Sampailah akhir saya terima anugerah paling mustahil untuk saya terima. Mustahil sebab saya sedar saya tak layak terima salah seorang Graduan Terbaik Negara. Saya juga dapat lanjutkan pengajian dan tawaran pertimbang Phd (Fast Track).

Maha suci Allah yang memberikan rezeki. Saya cerita bukan mendabik dada tapi saya nak kongsikan bahawa perkahwinan membuka pintu rezeki. Jangan takut untuk kahwin lagi-lagi yang muda di Universiti. Sebab saya lihat ramai kahwin muda jadi lebih bertanggungjawab. Pandai fikir nak sewa rumah, pandai fikir nak bagi isteri makan, pandai nak cari duit nak bayar kereta. Kalau ada silap sikit-sikit biasalah tak ada orang sempurna. Yang takut nak kahwin tak cukup serba serbi, Allah dah janji ada rezeki bila kita dirikan rumah tangga.

Sumber: Haziq Azree

SKIP THIS AD ×