Umum tahu pelakon kacak, Remy Ishak dan bakal isterinya, Ezza Yusof bakal disatukan pada 21 Ogos 2021.
Artikel Berkaitan: [TERKINI] Remy Ishak Bakal Nikah Pagi Sabtu Ini
Tak nak tangguh lagi
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, mendedahkan mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mei lalu namun terpaksa ditangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.30 yang dilaksanakan kerajaan.
Bagaimanapun, Remy dan Ezza bersepakat untuk tidak mahu menangguhkan lagi selepas mendapat restu daripada pihak kedua keluarga.
Ya jika ikut perancangan kami bernikah pada Mei lalu, bersempena dengan bulan Syawal. Tapi disebabkan PKP, ia terpaksa ditunda.
Bagaimanapun kami memutuskan untuk melangsungkan pernikahan dalam PKP juga pada 21 Ogos ini.
Majlis ikut SOP
Tambah pelakon filem Sangkar, majlis pernikahan mereka akan dilaksanakan mengikut protokol dan Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan yang telah ditetapkan kerajaan.
Biarpun tidak dapat melakukan majlis serta menerima tetamu bagi meraikan hari bersejarahnya, Remy tetap bersyukur.
Memandangkan Kuala Lumpur masih dalam Fasa 1, tidak akan ada keluarga saya yang hadir dari Melaka. Pihak perempuan juga hanya akan diwakili wali untuk menikahkan kami.
Jadi pernikahan ini akan berjalan sesuai SOP yang ditetapkan di Kuala Lumpur iaitu hanya saya, bakal isteri dan wali sahaja.
Dalam pada itu, Remy memberitahu akan berkongsi lebih lanjut mengenai bakal isteri dan rancangan pernikahannya dalam sidang media khas yang dijadualkan berlangsung secara maya esok pagi.
Terdahulu, Remy dan Ezza pernah putus tunang sekitar tahun 2019. Namun, tidak lama kemudian, netizen terbau bibit-bibit percintaan mereka terjalin semula susulan Remy meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.
Sumber: Gempak TV