berita

Tak Payah Nak Bising Lagi! – Rozita Che Wan Mengamuk Di Instagram

May 12th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

ohartis-Rozita-Che-Wan-masterchef-1

Sejak kebelakangan ini semakin ramai pula yang mempertikaikan tindakan Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin di laman sosial.

Kalau minggu lepas, heboh dengan gambar mesra pasangan suami isteri ini yang dilihat terlebih romantis, tetapi baru-baru ini pula dramatis jelita itu memarahi pengikutnya di Instagram pada salah satu gambar yang dimuat naik.

Semalam, Che Ta telah berkongsi beberapa keping foto menampakkan dengan jelas warna rambut Zain yang perang hingga mengundang kritikan peminat.

Menerusi komen yang ditulis, ramai yang mengatakan warna tersebut tidak sesuai dengan Zain dan sebagai isteri, Che Ta telah bertindak mempertahankan suaminya itu.

rozita che wan-7

Selain menempelak pengkritik berkenaan, Che Ta juga menjelaskan Zain menukar warna rambutnya kerana perlu mengikut karakter Mr. Henry Middleton di dalam drama Oh My English! yang dilakonkannya.

Lain kali jgn sedap mulut nk komen ja… bkn utk awak sorang je tp ramai lagi yg mulut tk tau nak diam! Pelakon kna ikut character! Laki I shuting Oh My English sampai awal thn dpn… so rambut dia akan blonde sampai thn dpn!!!!! Tk payah nk bising lg kt insta ni pasai rambut zain! #tkpayahnksibuklarambutorgcolourapejgrambutsendiritu

Dalam pada itu, Che Ta kini dilihat sedang berseronok membeli-belah di Paris bersama Zain dan pereka fesyen, Man Kajang selang beberapa hari selepas mereka bercuti di Koh Samui.

Apapun, jom tengok gambar di bawah. Yang penting, Che Ta tetap vogue walaupun tengah hamil.

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

SKIP THIS AD ×