berita

‘Tak Payah Panaskan Isu Ni’ – Cikgu Fadli Mohon Maaf Pada Caprice

October 18th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, Cikgu Fadli Salleh tampil membuat permohonan maaf kepada Caprice berikutan kenyataan tidak mahu mana-mana pihak masuk campur dalam urusannya dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Artikel berkaitan: Cikgu Fadli Jawab Isu Tolak Tawaran Caprice, Bukan Tujuan Nak Sombong – ‘Aku Cuba Elak Orang Salah Guna Akhirnya …’

Artikel Berkaitan: Cikgu Fadli Enggan Orang Luar Masuk Campur ‘Tunggang’ Kes Dengan KPM – ‘Dia Nak Masuk, Saya Tak Layan’

Artikel Berkaitan: ‘Nasib Cikgu Fadli Saleh Akan Diketahui Hari Ini’ – Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan

Isu ‘simple’ sahaja

Menurut Cikgu Fadli, dia ingin memohon maaf kepada Caprice di atas apa yang berlaku. Tambahnya, kenyataan tersebut bukan menunjukkan dirinya sombong atau membenci sesiapa. Jelas Fadli lagi, dia tidak mahu melayan mana-mana pihak termasuk menteri, ahli politik dan aktivitis yang mahu mengheretnya ke dalam bidang politik.

Isunya simple sahaja. Ada kawan up status harap Caprice tak masuk campur la isu Cikgu Fadli. Gitu la lebih kurang. So aku reply la, dia nak masuk bang. Tapi saya tak layan. Reply bersama screenshot Cap buat kat status IG rasanya dan mata media ni pantas. Depa screenshot komen tu, jadikan content panas. Maka terasa la Caprice dengan content tersebut.

Dia muat naik screenshot content media tu marah-marah dan terasa hati dengan aku. Followers dia masuk kecam aku, yang followers aku kecam dia. Dah jadi gaduh pula dah antara followers. Tapi yang bagusnya Cap ni, dia up balik status minta followers dia bertenang dan tetap kata sokongan juga. Itulah ceritanya.

Ujar Fadli lagi, posting tersebut hanya spontan sahaja dan tidak menghentam penyanyi rap itu. Akhir sekali, Fadli mengucapkan ucapan terima kasih buat Caprice kerana memberi sokongan terhadapnya dan mengambil berat mengenai isu pendidikan di negara ini.

Pada kawan-kawan dan followers, tak payah la lagi jadi batu api dan panaskan isu ni. Cap ada followers dia tersendiri yang sentiasa sokong apa kerja buat dia. Nanti jadi gaduh antara followers pula, tak bestlah. Media pun tolong la jangan laga-lagakan. Penat la gini dok layan benda-benda remeh tapi jadi isu besar.

Terima permohonan maaf

Alhamdulillah, pihak kami terima permohon maaf dan explanation dari saudara Mohd Fadli Salleh, pejuangan pendidikan bukan mudah dan kita salute dan sentiasa di belakang cikgu2 frontliners ilmu di Malaysia. Sama kapal, lain cara insyaAllah matlamat.

Terbaru, Caprice memberitahu dia menerima permohonan maaf dan penjelasan yang dilakukan oleh cikgu Fadli.

Sumber: Fadli Salleh

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×