berita

‘Tak Payah Sibuk Nak ‘Korek’ Cerita Kehidupan Balqis & Wang Sumbangan Yang Diterima’

January 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, seorang ahli perniagaan kosmetik terkenal menjemput Puteri Balqis dan ibunya datang ke rumah mereka selepas mendapat tahu penderitaan yang ditanggung pelakon cilik itu. Menerusi satu video di laman Youtube ahli perniagaan tersebut, dia mengajukan soalan apa yang akan dibuat oleh Balqis sekiranya dia diberi sumbangan bernilai RM100 ribu.

Ternyata soalan yang diajukan ahli perniagaan itu mendapat kritikan daripada selebriti tempatan iaitu Dato’ Hattan dan Caprice. Mereka berpendapat bahawa soalan tersebut tidak sesuai ditanya dan Balqis berhak melakukan apa sahaja sekiranya dia menerima sumbangan itu.

Jangan sibuk nak korek cerita

Menerusi Facebook Dato’ Hattan, dia meluahkan perasaan rimas apabila melihat Youtuber terkemuka cuba mengambil kesempatan terhadap kisah kesusahan Balqis dan ibunya. Menurutnya, jika individu tersebut ingin membuat duit, mereka tidak perlu sibuk ‘korek’ cerita dan tanya soalan yang bukan-bukan kepada pelakon itu.

Mengenai duit sumbangan yang diterima, Dato’ Hattan turut memberitahu bahawa Balqis berhak menggunakan duit yang diterima dan melakukan apa sahaja dengan duit tersebut.

Do it with your heart

https://www.instagram.com/p/B7f1T7QB_Qs/

Manakala menurut Caprice pula, dia menasihatkan semua individu agar tidak menyoal mengenai duit sumbangan yang diberikan kepada Puteri Balqis. Tambahnya, jika seseorang itu memberi sedekah, mereka tidak perlu menyoal individu yang menerima malah ianya perlu ikhlas daripada hati.

Sumber: Dato’ Hattan & Caprice

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×