Perkembangan tumbesaran anak sudah tentunya berbeza antara satu sama lain. Jadi, adalah tidak adil untuk melabel seorang bayi itu lambat atau cepat melalui fasa pertumbuhan kerana setiap daripada mereka mempunyai fasa mereka tersendiri.
Viral di media sosial mengenai seorang doktor yang dilihat ‘terlebih’ memberi rangsangan kepada anaknya sehingga membuatkan para ibu bapa turut terpengaruh dengan tips dan panduan yang dikongsikannya di akaunnya itu.
Rajin-rajin la buka kitab perkembangan bayi
Seorang pakar terapi, Liyana Raya menyelar cara ‘doktor viral’ itu yang mengajar bayinya yang berumur 7 bulan berjalan. Menurutnya, doktor berkenaan perlu meneliti kembali buku perkembangan bayi yang telah memberi panduan mengenai isu itu
Rangsangan berlebihan seperti disarankan doktor berkenaan seterusnya menjadi ikutan pengikutnya di luar sana. Wanit ini juga meminta doktor itu supaya tidak ‘tunjuk pandai’ dalam hal itu.
Jenuh hadap kes salah rangsangan
Pakar ini juga mengatakan pihaknya sudah terlalu banyak menghadapi pesakit yang berjumpa dengannya akibat salah rangsangan kepada bayi seperti tips diberikan doktor berkenaan.
Jangan percaya bulat-bulat
Selain itu, pakar terapi ini juga meminta pengguna laman sosial supaya tidak percaya bulat-bulat nasihat dan tips yang diberikan ‘doktor viral’ berkenaan. Dia juga menasihatkan lesen doktor itu diperiksa sama ada sudah tamat tempoh atau tidak.
Sumber: Liyana Raya