berita

Tak Peduli Kontroversi Status Suami, Linda Onn Luah Kata Cinta & Tunjuk Kebahagiaan Pada Peminat

April 3rd, 2014 | by Ai
Lensa Insta

linda-onn-dan-ku-azhar1

Sebelum ini pernah tersebar khabar angin kononnya suami Linda Onn sebenarnya duda termasuk timbul dakwaan nakal mempertikaikan status kerabat yang ada pada suaminya, namun Linda sedikit pun tidak melatah mahupun mengambil pusing dengan perkara itu.

Apa yang penting, dia dan suami kini sedang berbahagia melayari alam rumahtangga. Malah penyampai radio popular itu juga nampaknya semakin kalis kontroversi biarpun ramai tidak berpuas hati dengan tindakannya ‘menyorokkan’ majlis pernikahan pada Januari lalu.

Tidak kisah dengan pendapat negatif masyarakat, Linda meneruskan kehidupan sebagai seorang isteri seperti biasa dan adakalanya berkongsi gambar suami untuk tatapan peminat.

Screen Shot 2014-04-03 at 12.08.13

Terbaru, Linda hari ini memuat naik sekeping foto mesranya bersama suami di pantai sambil meluahkan kata-kata cinta sempena hari lahir lelaki bernama Ungku Azhar itu.

Dari apa yang diluahkan, Linda seakan mahu berkongsi kegembiraan kerana dipertemukan seorang lelaki yang benar-benar mencintainya dengan umum.

Menerusi komen yang ditinggalkan pada foto tersebut juga dilihat ramai peminat bersyukur melihat kebahagiaan pasangan ini dan mendoakan agar kedua-duanya dikurniakan rezeki menimang zuriat secepat mungkin.

Buat semua pembaca OHBULAN!, jom lihat beberapa keping lagi foto bahagia Linda dan suami di bawah ini. Sweet!

Kredit foto: Instagram Linda Onn

SKIP THIS AD ×