Konflik yang melanda keluarga ketika ini tidak menghalang penyanyi, Shila Amzah untuk sentiasa mengenyangkan perut suaminya iaitu personaliti media sosial, Ubai MZ.
Terbaharu, penyanyi itu berkongsi resipi makanan kegemarannya iaitu ayam masak lemak.
Artikel Berkaitan: ‘Tetap Masuk Pertandingan Untuk Cari Rezeki’ – Netizen Sokong Shila & Syahir, Harap Menang Famili Duo 3
Artikel Berkiatan: Netizen ‘Back Up’ Shila Amzah – ‘Adik Beradik Bukannya Budak Lagi, Takkan Tanggungjawab Masih Di Bahu Kakak?’
Ada getah sayur
Menerusi ciapan di platform X, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah memuat naik beberapa keping gambar cara penyediaan juadah berkenaan.
Masakan paling senang dan cepat di dunia. Kegemaran saya, ayam masak lemak cili api.
Selain itu, Shila juga menyenaraikan bahan-bahan untuk penyediaan resipi masakan tersebut. Antaranya adalah bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili padi, serai, daun limau purut, asam keping, santan, ayam dan sayur.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mahu mencuba resipi tersebut kerana mudah untuk disediakan.
Namun, paling menarik perhatian warganet adalah mereka ternampak getah sayur yang berada di dalam masakan itu lalu secara berseloroh menegur Shila.
Kak Sha macam ada getah sayur dalam ayam tu warna oren.
Allah, halal lah siapa yang termakan tu ‘chewy’ sikit.
Bagaimanapun, pelantun lagu Patah Seribu itu tidak perasan sehinggalah suaminya termakan getah tersebut semasa menjamu selera.
Okay dah jumpa mangsa. Minta maaf suami.
Terdahulu, kemelut antara adik beradik itu bermula apabila Syada mendakwa terdapat beberapa orang individu yang tidak dikenali datang melihat rumah meskipun tiada sebarang notis dikeluarkan untuk menjual kediaman berkenaan.
Tidak berdiam diri, Shila kemudian mengaku bahawa dia mahu menjual rumah tersebut kerana berhasrat untuk membeli sebuah kediaman baru.
Walau bagaimanapun, adik lelaki Shila iaitu Syafiq menafikan kenyataan tersebut dengan mendakwa bahawa Shila bertindak sedemikian kerana wang.
Sumber: Platform X