Foto: Healthline
Rambut merupakan mahkota yang sangat berharga bagi setiap orang tak kira jantina. Memiliki rambut yang cantik, lebat dan sihat adalah impian ramai. Namun, tiada jalan yang singkat untuk mendapatkan rambut yang sihat jika tidak tahu cara penjagaan yang betul.
Kesihatan dan genetik merupakan faktor yang memainkan peranan dalam hal menjaga rambut. Ini antara tips untuk mendapatkan rambut yang lebat dan sihat.
Elakkan mencuci rambut dengan kerap
Foto: Healthline
Memang betul mencuci rambut menggunakan syampu dapat membersihkan kotoran di kulit kepala dan membuatkan kita lebih segar. Namun, seperti yang kita tahu, syampu mempunyai bahan kimia yang banyak. Bahan kimia itu akan menghilangkan minyak di kulit kepala kita sedangkan kulit kepala kita sangat memerlukannya.
Dinasihatkan supaya anda mencuci rambut sekurang-kurangnya 2 ke 3 hari sekali dan elakkan mencuci rambut menggunakan air panas kerana ia akan melambatkan proses pertumbuhan rambut dan juga akan menyumbangkan masalah kepada kulit kepala.
Gunakan tonik rambut
Foto: Healthline
Selepas mencuci rambut, dinasihatkan supaya gunakan tonik rambut kerana ia dapat membantu menyegarkan dan menguatkan akar rambut serta mencegah rambut menjadi rapuh.
Penggunaan tonik rambut juga akan mempercepatkan proses pertumbuhan rambut baru yang subur.
Gunakan perapi rambut
Foto: Iles Formula
Perapi rambut sering dianggap tidak penting. Tetapi, sebenarnya perapi rambut haruslah digunakan selepas syampu kerana ia dapat melembapkan folikel rambut dan rambut anda akan terasa lebih halus.
Ia juga dapat mengelakkan rambut menjadi kusut dan bercabang. Tetapi diingatkan supaya jangan memakai perapi rambut sehingga akar rambut kerana ia akan menyebabkan rambut rosak dan kulit kepala lebih berminyak. Cukup hanya sekadar sapuan dari paras bawah telinga hingga hujung rambut.
Amalan pemakanan yang betul
Foto: Good Housekeeping
Pemakanan yang betul juga memberi peranan yang penting untuk mendapatkan rambut yang sihat. Makanan yang berminyak dan pedas boleh memberi kesan yang banyak kepada rambut.
Untuk mendapatkan pertumbuhan rambut yang sihat, pastikan anda mengambil makanan yang mengandungi protein seperti ayam, daging, ikan, telur, kacang soya dan sebagainya. Makanan yang mengandungi zink dan vitamin C dan B juga penting seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Gunakan sikat yang betul
Foto: AllThingsHair
Cara menggunakan sikat yang betul dapat memainkan peranan yang penting dalam proses penjagaan rambut. Sikat yang sisirnya jarang dan panjang lebih bagus digunakan kerana ia kurang risiko untuk menyebabkan keguguran rambut.
Pewarna rambut akan membuatkan rambut mudah rosak kerana mempunyai kandungan bahan kimia yang banyak.
Sumber: Healthline, Murai.