Pelakon berbakat, Alif Satar berpendapat pelaksanaan kerajaan yang mencadangkan belia berusia sehingga 35 tahun menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah wajar.
Artikel Berkaitan: Daripada Crush Ke Jodoh? ‘Bukan Sekadar Lafaz’ Drama Terbaru Menghiasi Slot Akasia TV3
‘Tidak perlu fikir panjang… Daftar sahaja’
Ketika ditemui OhBulan!, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif bin Mohd Satar yang juga merupakan bekas pelatih PLKN akui program tersebut sangat bermanfaat terutamanya bagi memupuk semangat patriotik dalam diri setiap rakyat Malaysia.
Saya rasa tak perlu jadikan usia 35 tahun sebagai isu, kerana perkara itu akan menyebabkan ia dipandang negatif. Saya lihat sekarang ramai dalam kalangan mereka yang berusia 30 tahun tidak ‘fit’.
Tambah Alif lagi, program PLKN juga membantu dapat menjalani gaya hidup sihat dan memupuk sikap disiplin. Bukan itu sahaja, program itu juga membuka peluang untuk kita mengenali dan berkawan dengan pelatih lain yang datang dari pelbagai latar belakang.
Mereka yang baru habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan hendak mengenal dunia, program ini amat sesuai untuk anda.
Apabila pendaftaran dibuka, tidak perlu fikir panjang… Daftar sahaja.
Baru-baru ini, kecoh dalam media sosial apabila ada pihak membuat ciapan dengan mendakwa peserta yang akan dipilih menyertai PLKN untuk fasa baharu adalah individu dalam kalangan belia berusia 16 hingga 35 tahun.
Kementerian Pertahanan (Mindef) kemudian memaklumkan hanya remaja yang lahir pada tahun 2007 sahaja yang akan dipanggil ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 tahun hadapan.
Sekadar info, Alif dan pelakon Wanna Ali kini sedang membintangi drama adaptasi dari novel ‘Bukan Sekadar Lafaz’. Turut membintangi naskhah tersebut adalah Yuna Rahim, Malek Mccrone, Mia Nasir, Wanns Ahmad, Razzuan Rosli dan Ahmad Idham.
Drama sebanyak 20 episod ini telah bersiaran mulai 17 Oktober setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Akasia TV3.
Pada anda yang terlepas untuk tengok di TV3, jangan risau anda boleh juga tonton semula semua episod secara percuma dan ekslusif di platform iQIYI http://www.iq.com/local.