Perintah Kawalan Pergerakan diisytihar kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19. Oleh itu ramai yang menggunakan perkhidmatan penghantar makananan ketika ini. Risiko penghantar makanan untuk dijangkiti virus ini juga tinggi berikutan sering bertemu dengan orang ramai.
Oleh hal yang demikian laporan Bernama, mendapati Pejabat Kesihatan Labuan akan memberi ujian saringan percuma kepada penghantar makanan di pulau berkenaan.
Saringan percuma selama 3 hari
Kami tidak mengenakan caj bagi saringan itu kerana adalah penting untuk memastikan mereka sihat untuk menjalankan tugas mereka dan kami dapat mengawal penularan COVID-19.
Menurut Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari, penghantar makanan boleh hadir ke Klinik Kesihatan Membidai Labuan bermula jam 10 pagi hingga 3 petang. Program ini bakal dijalankan selama tiga hari bagi tujuan memastikan penghantar makanan bebas Covid-19.
Syarat syarikat perkhidmatan makanan
Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob menegaskan syarat kepada syarikat perkhidmatan makanan agar penghantar makanan menjalani saringan kesihatan. Syarat sama ini turut terpakai bagi penghantar makanan daripada restoran makanan segera atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan.
Sumber: Bernama