berita

‘Tak Perlu Membandingkan Cara Saya Bekerja Dalam Dunia Hiburan & Business’ – Siti Nurhaliza

April 4th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sudah lebih dua dekad penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza berkecimpung dalam industri hiburan tanah air. Selain itu, penyanyi lagu Cindai ini juga telah menghasilkan beberapa produk di bawah penjenamaannya sendiri termasuk produk minuman kesihatan dan kosmetik.

Terbaru, Siti Nurhaliza menerusi laman Twitter memaklumkan dan memberi pesanan kepada semua peminat Sitizoners supaya tidak membuat sebarang perbandingan terhadap pengurusan kerja dalam dunia hiburan mahupun perniagaan.

‘Tak perlu banding-bandingkan’

Dato Sri Siti Nurhaliza mengambil kesempatan ini mengingatkan kepada semua peminat yang selama ini menyokong karier seninya untuk tidak membanding-bandingkan terutamanya dari segi kerja yang dilakukan pasukan Siti Nurhaliza Production (SNP). Penyanyi ini akui bahawa karier hiburan dan perniagaan mempunyai pasukan yang berbeza dalam menjalankan tugas mereka.

Dia juga meluahkan rasa syukur kerana memiliki pasukan SNP yang bekerjasama dengan penyanyi ini menyusun strategi dan sebagainya. Siti Nurhaliza sekali lagi memperingatkan kepada umum untuk tidak sama sekali memperlekehkan hasil kerja dari pasukannya yang telah bertungkus lumus selama ini.

‘Keputusan akhir di tangan saya’

Tambah Siti lagi, segala keputusan dari setiap strategi tersebut adalah terletak padanya. Penyanyi ini turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa memahami dalam setiap hasil kerja dan perancangan.

Sumber: Siti Nurhaliza

SKIP THIS AD ×