berita

Tak Perlu Pelamin Mewah, Hanya Buat Pelamin DIY Pengantin Ini Mampu Meraikan Hari Bahagia. Jimat!

December 8th, 2018 | by Amat
Make-It-Senang

Setiap pasangan pengantin pasti mempunyai impian untuk mengadakan perkahwinan yang gah dan akan menghabiskan berpuluh ribu ringgit. Tapi sebenarnya anda boleh berjimat untuk mengadakan majlis perkahwinan yang bermakna ini.

Pasangan mempelai, Naim Mahamad Fauzi kongsi beberapa tips berjimat dan hanya menghasilkan pelamin sendiri (DIY) dengan menggunakan beberapa barangan terpakai di rumah.

Buat pelamin DIY sendiri

Menurut portal mStar, Naim Mahamad Fauzi dan isteri, Bainaa Syafaa, memilih untuk menghasilkan pelamin sendiri (DIY) dengan menggunakan kreativiti mereka. Pelamin ini juga dihiasi dengan bunga hiasan, bantal dan beberapa barangan terpakai sahaja. Penghasilan pelamin ini hanya mengeluarkan kos perbelanjaan hanya RM500 saja.

Sebenarnya ia hanya majlis bertandang dan majlis sebelah lelaki selalunya tak perlu besar-besaran. Kami buat di kampung saya, di Padang Sera, Kodiang, Kedah. Kami tiada persediaan untuk majlis ini, jadi saya dan isteri sependapat untuk DIY sahaja pelamin kami.

Jahit backdrop sendiri

Saya tak mahu bazir banyak duit untuk sewa benda yang satu hari sahaja kerana rasa tidak berbaloi. Jadi kami hias hanya menggunakan barang sedia ada seperti kerusi rotan, tempayan dan bantal, malahan karpet yang digunakan itu pun saya jumpa dalam simpanan di rumah sahaja.

Kebetulan, ibu saya seorang tukang jahit. Jadi saya hanya minta dia belikan kain putih untuk dibuat backdrop. Sebenarnya saya dan isteri adalah interior designer. Kami letak sahaja barangan itu untuk dijadikan hiasan pelamin dan tambah sahaja lighthing.

Make up sendiri

Menurut Naim lagi, persiapan majlis ini juga dibantu oleh sepupu dan adik-beradiknya yang lain. Jumlah keseluruhan perkahwinan mereka hanya memerlukan belanja sebanyak RM3,000 termasuk baju persalinan, solekan dan jamuan makan.

Baju songket itu kami beli ketika jumbo sale berharga RM90 sahaja semeter. Isteri saya pula cerewet untuk mencari jurusolek yang kena dengan taste dia. Jadi saya nasihatkan dia untuk make up sendiri sahaja sebab saya tengok dia pun pandai bersolek. Ayah pula bila dah duduk kampung, lembu dan kambing semua dia ternak sendiri, jadi saya tidak pening untuk keluarkan belanja yang besar.

Bukan emas tulen pun

Naim turut mendedahkan aksesori dipakai isterinya ketika hari persandingan bukanlah emas tulen tetapi hanya perhiasan yang disertakan busana pengantin itu.

Aksesori itu bukan emas betul pun. Ia sekadar perhiasan untuk dipakai dengan baju persandingan itu sahaja. Kami beli di Kuala Lumpur dengan harga RM270 termasuk rantai dan tiara.

Sumber: mStar, Zaleha

SKIP THIS AD ×