berita

Tak Perlu Risau, Vaksin Jenis Sinovac Diterima Untuk Tunaikan Haji & Umrah

July 13th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: BBC

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi menjelaskan hanya menerima empat vaksin Covid-19 iaitu keluaran Pfizer BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja. Pengumuman yang dibuat secara tidak langsung membuatkan ramai yang risau jika tidak dapat menunaikan ibadah haji mahu pun umrah berikutan menerima vaksin jenis Sinovac.

Artikel Berkaitan: Arab Saudi Tetapkan Jemaah Haji Wajib Ambil Vaksin Covid-19

Terbaru, menerusi satu hantaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, di laman Facebook menjelaskan kerajaan Arab Saudi telah memasukkan vaksin jenis Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke negara berkenaan.

Vaskin jenis Sinovac diterima

Foto: DW

Ujar Zulkifli lagi, mana-mana individu tidak perlu lagi risau jika mendapat vaksin jenis Sinovac. Pada masa yang sama, beliau turut meminta orang ramai untuk segera mendaftar kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) bagi membolehkan mereka untuk mendapat vaksin dengan kadar yang segera.

Alhamdulillah, Arab Saudi menyenaraikan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana. Sampaikan (keputusan itu) kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang

Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.

Selain vaksin jenis Sinovac, Arab Saudi turut menyenaraikan satu lagi vaksin Covid-19 buatan China iaitu Sinopharm. Terdahulu, kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan vaksin Covid-19 ke atas bakal jemaah haji tahun ini termasuk tenaga pekerja yang bertugas di Mekah.

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

SKIP THIS AD ×