Pelakon, Puteri Sarah Liyana tampil mengulas kenyataan yang dibuat oleh suaminya, Syamsul Yusof menerusi video yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini. Sarah turut meninggalkan persoalan adakah komunikasi menerusi pembantu rumah, ibu mentua dan adik-adik merupakan cara baru untuk berhubung pada ketika ini.
Artikel berkaitan: Kesian Mak Sendiri & Ibu Mentua Kena Bergilir Jaga Anak, Puteri Sarah Dah Jumpa Maid Sementara
Artikel berkaitan: Syamsul Cakap Sedia Dua Pembantu Rumah, Puteri Sarah Balas Dah Lama Lari
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Masa Minta Duit Kenapa Tak Minta Nak Berbincang’ – Syamsul Dedah Kenapa Block Puteri Sarah, Mohon Tutup Aib Rumah Tangga
Dah berhenti menyekat saya
Sebelum ini, Syamsul berkata dia tidak pernah melepaskan tanggungjawab sebagai suami dan bapa terhadap Sarah dan anak-anak. Berikutan daripada itu, Sarah meminta Syamsul untuk tidak mengungkit hal berkenaan.
Itu tidak perlu diungkit kerana sebagai suami dan ayah kepada anak-anak kami, itu adalah tanggungjawabnya. Malah, dia juga masih perlu memberikan nafkah. Jika ada sebarang komunikasi itu antara ibu saya dan juga dia. Seperti yang dia (Syamsul) tegaskan itu, komunikasi kami adalah melalui ibu saya dan juga dia.
Dia juga sudah berhenti menyekat saya di Whatsapp selepas video yang dimuat naik olehnya. Namun, jika ada komunikasi selepas ini, mungkin melalui peguam.
Sumber: Harian Metro