Biarpun tindakan berkongsi bukti perbualan pendakwah selebriti yang didakwa terbabit dengan kes amang seksual sejak Februari dan Julai lalu kepada umum mendapat tentangan, namun itu tidak menghentikan niat penyanyi rap Caprice.
Artikel Berkaitan: ‘Ustaz Nak Ajak VC, Tapi Kita Dua Je’ – Lagi Mangsa Pendakwah Selebriti Tampil Dedah Bukti, Kongsi Video?
Artikel Berkaitan: PU Syed ‘Petik’ Aurat Isteri, Caprice Berang Bagi 24 Jam Untuk Minta Maaf
Sejak 9 Oktober 2019
Di Instagram (IG), Caprice mendedahkan lagi bukti perbualan pendakwah terbabit dengan mangsa yang didakwa dari Perak.
Dibahagikan kepada dua video, perbualan antara mereka didakwa sejak 9 Oktober 2019.
Berdasarkan ‘screen record’, selebriti terkenal itu didakwa ingin ‘meminjam’ lengan untuk dijadikan bantal tidur selain seakan merajuk apabila tidak pernah dicium oleh mangsa.
Ustaz berkenaan turut didakwa meluahkan perasaan untuk mencari insan yang menyayangi dan mengambil berat tentang dirinya.
Selain itu, penceramah bebas didakwa cemburu apabila mengetahui mangsa sedang mengenali individu yang lain.
Sudah lama berlaku di Malaysia
Sementara itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menyatakan dia sudah memaafkan individu yang mengecam sejak dia campur tangan dalam kontroversi panas.
Yang kecam Cap (panggilan diri) dua tiga hari ini. Insya-Allah apabila korang sedar betapa bahaya a gay child predator is..
Korang tak perlu cari Cap dan minta maaf. Cap halalkan kebodohan korang.
Sebaliknya, cari la satu-satu mangsa yang telah alami, trauma, tertekan dengan apa mereka lalui.
Bukti-bukti
Sumber: Instagram @capricedaddycap