berita

‘Tak Pernah Nampak Diri Sendiri Dalam TV’ – Tak Tahu Diri Tercalon, Remaja Dakwa Gambar ‘Muncul’ Di ABPBH

November 14th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Malam berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) telah melabuhkan tirai dengan menobatkan Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popolur. Selain itu, anugerah dalam kategori tercalon juga turut dihiasi dengan wajah-wajah baru.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila seorang pengguna Twitter, Wafiy Rosli mendakwa dirinya tercalon dalam ABPBH sedangkan dia langsung tidak tahu mengenai pencalonan tersebut.

Tercalon dalam ABPBH

Menerusi perkongsian Wafiy Rosli di Twitter, dia agak terkejut apabila mengetahui ‘dirinya’ tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular (ABPBH). Bercerita lanjut, Wafiy mengakui hanya menyedari perkara itu selepas diberitahu oleh rakannya.

Tambah remaja ini lagi, dia mendakwa langsung tidak tahu mengenai fotonya digunakan untuk paparan ‘calon’ bagi kategori tersebut sedangkan dia bukanlah seorang pelakon.

Gambar asal Wafiy

Walaupun tidak merangkul anugerah bagi kategori tersebut, Wafiy mengaku agak berbangga dengan ‘pencalonan’ dirinya dalam anugerah berprestij itu. Sementara itu, Wafiy sempat bergurau sekiranya dia tahu dirinya tercalon, sudah pasti dia akan meminta rakan-rakan di Twitter untuk mengundinya.

‘Saya dah jadi artis’

‘Tak pernah nampak pun’

Di ruangan komen, kebanyakan pengguna Twitter terutamanya rakan Wafiy terkejut dengan ‘pencalonan’ tersebut sedangkan mereka tidak pernah nampak Wafiy berlakon di kaca televisyen. Selain itu, ada yang mendakwa kemungkinan pihak pengurusan ingin meletakkan gambar Dr Hafiz Zainal tetapi tertukar dengan foto Wafiy.

Ada yang kata gambar edit

  

Sementara itu, ada juga dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa gambar tersebut telah disunting tetapi Wafiy seolah-olah menafikan perkara tersebut dan mendakwa itu adalah foto asal.

Sumber: Wafiy Rosli

SKIP THIS AD ×