berita

Tak Pernah Pakai Duit, Lelaki Ini Guna Baucar Untuk Perbelanjaan Seharian Selama 36 Tahun

October 29th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Shin Chew Daily

Seorang lelaki dari negara Jepun, tidak membelanjakan wang walaupun satu sen dalam hidup sehariannya selama 36 tahun dengan menggunakan baucar.

Kiriya Hiroshi, 71 tahun, mula melabur dalam saham ketika dia berumur 35 tahun.

Baucar sebagai belanja harian

Foto: Shin Chew Daily

Di pasaran saham Jepun, terdapat sistem di mana pelabur yang telah melabur sejumlah wang tertentu akan dapat pelbagai bentuk baucar sebagai ganjaran. Nilai pasaran saham yang Kiriya Hiroshi ada sekarang adalah 300 juta yen (RM11,800,000).

Kiriya Hiroshi juga amatlah berjimat cermat dan menjaga perbelanjaan hariannya kerana tidak mahu berbelanja melebihi nilai baucar yang dia ada. Dompetnya juga bukan seperti dompet biasa yang dipenuhi wang dan kad, namun, dompet Kiriya dipenuhi baucar yang diperoleh daripada pelaburan saham.

Kini, Kiriya Hiroshi mempunyai pelaburan dalam lebih 900 syarikat dan syarikat-syarikat itu memberi Kiriya baucar yang banyak setiap tahun. Dalam sebuah rancangan realiti TV di Jepun, Kiriya Hiroshi berkata dia akan menggunakan kupon atau baucar itu sebagai ganti keperluan harian seperti beras, minyak masak, garam, baju, kasut dan juga basikal yang merupakan kenderaan harian Kiriya.

Sumber: Shin Chew Daily

SKIP THIS AD ×