berita

Tak Pernah Putus Dengan Kekasih Sekarang, Adira Akui Hubungan Dengan Lana Nodin Baik-Baik Sahaja

April 4th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-04-04 at 1.50.03 AM

Percintaan antara penyanyi berkulit putih melepak, Adira Suhaimi dengan pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun bukanlah satu perkara baru.

Malah mereka berdua pernah dikatakan kononnya akan bertunang dan seterusnya mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Namun, empunya badan menolak dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai khabar angin sahaja.

Bagaimanapun, sebelum ini tersebar dakwaan mereka berpisah kerana Adira telah memadam beberapa keping foto kekasihnya itu dari laman Instagram miliknya. Lebih menghairankan apabila hubungan mereka dikatakan putus disebabkan orang ketiga iaitu pelakon sensasi, Lana Nodin.

Screen-Shot-2014-01-16-at-1.49.39-PM

Foto Adira dan Shahrul

Namun, Adira ketika ditemui di sidang media Konsert Stanza Cinta di Istana Budaya menolak dakwaan tersebut dan mengakui rasa pelik dengan gosip yang tersebar.

Hubungan saya dan Shahrul okay sahaja. Bila keluar berita ini, saya pun pelik. Sebenarnya, saya padam gambar dia bukan kerana putus cinta tetapi untuk mengelakkan dari peminat yang memberikan komen negatif di Instagram saya

Mengenai hubungan saya dan Lana, kami baik-baik sahaja. Malah, kami pernah berjumpa sekali dalam sebuah majlis dan masih bertegur seperti biasa.

Dalam pada itu, Adira turut mengakui dia mempunyai perancangan untuk membawa hubungan cinta ini keperingkat seterusnya, tetapi masih belum pasti bila masanya.

Kami memang ada perancangan, cuma masih belum tahu bila. Saya sendiri tiada target untuk itu, tetapi apa yang boleh saya katakan, InsyaAllah saya akan tamatkan zaman bujang sebelum usia 30.

Ditanya sama ada dia selesa bekerja dengan bekas kekasihnya, Hafiz, Adira berkata mereka tiada masalah untuk bekerjasama dan selesa bekerja kerana sikap Hafiz yang professional, malah, kekasihnya juga tiada masalah jika Adira digandingkan dengan Hafiz.

Antara kami sudah tiada apa-apa. Saya gembira bekerja dengan Hafiz kerana dia sangat professional dan apa yang kami buat diatas pentas adalah atas dasar kerja. Tidak lebih dari itu.

Shahrul okay saja. Tiada perasaan cemburu pun padanya kerana dia seorang yang memahami dan sentiasa sokong saya.

Adira-AF-Nafi-Gunakan-Pengaruh-Kekasih-Untuk-Berniaga-ROTIKAYA

Nampaknya, penyanyi berkulit putih melepak ini semakin serius mengenai hubungan cintanya kali ini. Kami doakan yang terbaik buat adira dan semoga Adira cepat-cepat ke jinjang pelamin.

Dalam perkembangan terbaru, Adira bakal muncul dengan album sulungnya pada 29 Mei ini dan bakal beraksi dalam Konsert Stanza Cinta bersama beberapa artis ternama tanah air seperti Amy Search, Jaclyn Victor, Noh Hujan, dan Haziq.

SKIP THIS AD ×