berita

Tak Pernah Suruh Zul Muat Naik Video Sumbang, Erma Fatima Nak Tahu Siapa ‘Malaikat’ Yang Dimaksudkan?

October 5th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Semalam, penerbit drama ‘Perempuan Itu’ iaitu Erma Fatima tampil memberikan respon berhubung kejadian yang menimpa Zul Ariffin berikutan pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang bersama Siti Hariesa di Instagramnya pada 18 Mac lalu.

Artikel berkaitan: Zul Ariffin Cakap Orang Lain ‘Malaikat’ Sebab Terlepas Hukuman, Ini Respon Erma Fatima

Artikel berkaitan: ‘Mereka Malaikat, Saya Seorang Tidak’ – Zul Ariffin

Tak pernah suruh Zul muat naik video sumbang

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Erma Fatima menafikan dia adalah individu yang meminta Zul Ariffin memuat naik kandungan video babak kontroversi drama itu di media sosial.

Saya tak pernah suruh Zul muat naik video sumbang itu. Saya tidak perlukan publisiti sebegitu rupa. Kalau saya dahagakan publisiti lebih baik saya muat naik di Instagram saya, sekurang-kurangnya boleh raih banyak tontonan. Itupun kalau saya gila publisiti.

Menurut Erma, kenyataan Zul mengenai ‘orang lain’ adalah ‘malaikat’ telah membuka peluang kepada orang ramai menabur fitnah. Tambah Erma, dia mahu tahu siapa ‘malaikat’ yang dimaksudkan kerana kenyataan Zul seolah-olah ada yang menyuruh dia memuat naik video sumbang itu.

Saya tak nak isu ini menjadi fitnah kepada orang. Kenyataannya itu seperti membuka peluang untuk orang lain membuat fitnah. Jadi saya nak tahu siapa yang menyuruh dia muat naik. Adakah saya yang dimaksudkan? Benda ni jadi tak ‘best’. Kita kena mengendalikan secara profesional. Kita buat kita tanggung.

Ujar Erma lagi, Zul tidak seharusnya membabitkan orang lain yang tiada kena mengena dengan perbuatannya itu.

Pengarah dan pelakon ada otak

Dakwaan dikenakan ke atas dia kerana dia yang memuat naik. Jadi takkanlah saya atau pengarah tiba-tiba nak tunjuk hero dengan mengaku bersalah. Pengarah dan pelakon ada otak. Takkanlah nak buat perkara memudaratkan diri walaupun disuruh.

Saya sebolehnya enggan perkara ini diperbesarkan atau menjadi pergaduhan sebab benda dah berlaku. Saya anggap semua pihak bersalah termasuk saya dan pengarah. Tiada malaikat atau syaitan. Dia tidak boleh menuduh sewenang-wenangnya kerana ketika isu ini timbul tiada satu kenyataan yang menyalahkan dia.

Terdahulu, Zul didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial. Zul turut memberitahu dia tidak akan mengambil tindakan selanjutnya dan menasihatkan rakan artis lebih berhati-hati apabila diminta memuat naik hantaran bagi tujuan promosi.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×