Kisah perceraian Intan Liana Salleh mendapat liputan meluas media apabila bekas suaminya, Ude Wahid memperisterikan pelakon Izreen Azminda ketika mereka masih lagi bersama. Intan dan Ude akhirnya berpisah pada Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Walaupun sudah beberapa bulan berlalu, masih ada pihak didakwa Intan tidak berpuas hati dengannya di laman sosial. Perkara itu diluahkan Intan di Instagramnya.
Nak aku bersuara ke?
Tanpa menamakan mana-mana individu, Intan meluahkan ada pihak yang tidak berpuas hati apabila dia memuatnaik gambar throwback anak-anaknya dengan bekas suami. Tambahnya, adalah terpulang kepada dirinya untuk mengimbas kembali kenangan dengan bekas suami kerana dia tidak melihat apa-apa masalah mengenai tindakan itu.
Tak puas hati? Mari jumpa aku
Menurut ibu kepada 2 anak ini lagi, pihak berkenaan telah membawa cerita dan memburukkan namanya berkemungkinan untuk menutup salah sendiri. Intan juga meminta jika individu itu tidak berpuas hati dengannya, dia meminta pihak sana bersemuka.
‘Cakap tak payah yakin sangat’
Maaf semua emosi tak stabil
Rita Rudaini tampil pertahan
Sumber: Intan Saleh