berita

Tak Puas Tanpa Cinta – Johan As’ari Mengaku Masih Single

April 29th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Filem-Balada-Pencinta-14

Johan As’ari merupakan salah seorang selebriti lelaki yang kurang bernasib baik dalam hal percintaan. Niat untuk berkahwin bagaikan sudah lama terdetik, namun sehingga kini belum juga dipertemukan dengan wanita yang sesuai.

Jika hujung tahun lepas, Johan pernah membuat pengumuman untuk mengahwini Lana Nodin, tetapi sayangnya rancangan mereka hanya tinggal harapan apabila hubungan tersebut difahamkan tidak mendapat restu keluarga.

Sejak dari itu, Johan yang sebelum ini galak bercerita soal cinta dilihat lebih banyak menyepikan diri selepas ada yang mendakwa dia cuba mencari publisiti menerusi cara sebegitu.

Juara-ASK-2013-332

Silence is golden. Alhamdulillah, saya sedar diri dengan apa yang saya lakukan. Saya juga dah pohon kemaafan atas kesilapan sebelum ini.

Bagaimanapun, Johan yang ditemui pada malam Ahad lalu menyatakan dia tidak akan berhenti bercakap mengenai cinta kerana menganggap ianya sesuatu yang indah.

Oh tidak, bagi saya tanpa cinta, mungkin saya bukan seorang manusia yang baik. Itu bermaksud, cinta itu mematangkan saya. Setiap perkara yang berlaku, kalau tak ada cinta, tak ada rasa kasih dan sayang rasanya macam tak memuaskan. Saya lebih matang dalam menghargai cinta. Cinta itu luas.

Ditanya apakah sudah menemui pengganti setelah hubungannya dengan Lana tidak kesampaian, Johan pantas menjawab masih solo.

Saya masih lagi single. Soal jodoh, kita serah pada Allah S.W.T. Yang paling penting dan paling utama, restu dari kedua ibu bapa yang perlu saya hormati.

Dalam perkembangan lain, Johan kini kembali berimej botak demi menjayakan semula drama Juvana yang akan memulakan penggambaran pada 30 April ini selama 22 hari.

SKIP THIS AD ×