Tahniah sekali lagi OHBULAN! ucapkan pada pelakon dan penyanyi, Izzue Islam yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Awin Nurin, semalam (2 Jun).
Melayari bahtera rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dibuat mainan. Namun, itulah yang cuba pasangan ini dirikan selepas lebih 5 tahun bercinta dan sah diijabkabulkan.
Semalam, OHBULAN! berkesempatan menemubual Izzue tentang persediaannya selepas berkahwin.
“Sebenarnya persiapan tu tak adalah sangat sebab saya dan Awin pun dah kenal lama, so antara kitorang dua orang memang takde masalah.
“Tapi apa yang saya tak sabar ialah nak duduk serumah dengan dia dan saya tak sabar nak tunggu dia masak untuk saya sebenarnya. Selama 6 tahun berkenalan, saya tak pernah rasa masakan Awin,” tambah Izzue lagi.
Izzue turut memberitahu bahawa dia sangat bersyukur kerana Awin bukanlah seorang yang cepat cemburu.
Awin Nurin juga merupakan pengurus Izzue Islam
“Saya beruntung sebab isteri saya ini bukannya jenis cepat cemburu. Dia sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon sebab dari awal lagi sebelum berlakon dia yang carikan saya job dan bila start berlakon pun dia yang urus saya.”
Ditanya apakah keistimewaan Awin yang membuatkan Izzue tertarik dengan wanita yang juga pengurusnya ini, Awin mendedahkan,
“Saya kenal dia dah 6 tahun dan dia kenal saya sebagai pembancuh air ketika dia bekerja di salon sebelah kedai saya. Dia kenal saya dari situ sebagai pembancuh air je sampailah sekarang dia buat saya jadi seorang artis.
“Dan banyak benda dia tolong saya dari nothing to something dan dia sayang saya bukan sebab saya artis. Itu yang saya puji.
“Ini bukan kerana terhutang budi, ini sebab jujur. Saya nampak kejujuran dan keikhlasan dia pada saya. Saya susah ke apa dia tetap bersama saya, senang pun bersama saya.”
Untuk pengetahuan, Izzue Islam dan Awin Nurin memilih tarikh 2 Jun sebagai hari pernikahan mereka sempena dengan tarikh lahir Izzue yang jatuh pada hari yang sama.