berita

Tak Sampai 24 Jam Pakai Dah Tercabut, Azad Jasmin Kritik Gelang Peranti Pengawasan Digital Balik Umrah

January 4th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Umum mengetahui, individu yang pulang dari menunaikan ibadah umrah perlu menjalani tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari dan diwajibkan memakai peranti pengawasan digital.

Pemakaian peranti pengawasan digital ini berfungsi bagi mengawal pergerakan mereka yang sepatutnya menjalani kuarantin dan perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Gelang tercabut pula…

Pelakon dan pelawak Azad Jasmin dan isterinya Eira Syazira yang baru sahaja pulang menunaikan umrah turut tidak terkecuali menjalani kuarantin dan memakai peranti pengawasan digital. Namun, di sebalik pelaksanaan pemakaian peranti pengawasan digital tersebut, pelakon ini tampil menceritakan gelang tersebut berkualiti rendah dan mudah tercabut.

Kurang berpuas hati dengan kualiti gelang tersebut, pelakon Anak Mami Mek Ani ini turut meminta pihak berwajib bertanggungjawab.

Nasib baik saya selebriti, kalau keluar orang kenal. Yang bukan selebriti orang tak kenal cabut sahaja boleh melawak dan berjumpa saudara.

Terbaru, menerusi perkongsian Azad menceritakan dia sudah pun dihubungi oleh pihak berkenaan bagi menggantikan gelangnya yang sudah tercabut. Azad bagaimanapun tegas menyeru pihak berwajib mengambil langkah drastik berkaitan isu ini memandangkan ianya melibatkan nyawa.

Sumber: Azad Jasmin & BERNAMA

SKIP THIS AD ×