berita

Tak Sampai Hati Nak Makan, Wanita Lepas Semula Lobster Harga RM1,020 Ke Laut

September 20th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Lobster

Di Rome, Itali, seorang wanita sanggup melepaskan semula udang kara atau lobster ke dalam laut kerana berasa kasihan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tengah Sedap Makan Nasi, Tiba-Tiba Ada Lipas Dalam Botol Kicap

Lobster dilepaskan ke laut

Memetik laporan The Sun, seorang wanita Switzerland dikatakan pergi ke restoran makanan laut bersama suaminya, di mana mereka memesan seekor udang galah yang berharga 175 pound (RM1,020) untuk dijadikan menu makan malam.

Menurut pemilik restoran iaitu Antonio, memberitahu bahawa dia telah mengambil udang galah dari tangki, dan menimbangnya di dapur. Kemudian, memaklumkan bahawa udang tersebut seberat dua kilogram dan berharga 175 pound.

Wanita yang prihatin itu bertanya kepada pemilik restoran sama ada udang galah itu akan tercedera sekiranya dilepaskan dari ketinggian yang tinggi.

Setelah diyakinkan oleh mereka, dia perlahan-lahan menjatuhkan udang tersebut ke laut sambil dirakam oleh suaminya.

Tindakan wanita itu mengejutkan para pengunjung yang lain dan kakitangan restoran kerana mereka menyangka bahawa dia hanya bergurau.

Melihat kegembiraan dan keterujaannya, saya juga terharu. Dia sangat gembira kerana dapat memenuhi hasrat ini dan kami tumpang gembira dengan niat baiknya itu.

Sumber: The Sun 

SKIP THIS AD ×