berita

‘Tak Sangka Ini Dating Terakhir…..’

August 27th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Setiap manusia akan menerima ujian daripada Allah SWT sama ada dalam bentuk kesusahan mahupun kesenangan. Ujian kesusahan termasuklah kesakitan, ketakutan, kelaparan, kemiskinan, kehilangan harta, bencana alam atau kematian orang tersayang.

Seperti perkongsian oleh wanita ini di laman Facebooknya apabila terpaksa berdepan penderitaan insan tersayang bergelar suami akibat kanser. Hanya dikenali sebagai Syarima Ghazali, dia berkongsi pengalamannya menjaga suami tercinta dari awal sehinggalah ke akhir hayat.

Doktor kata kes rare

25 Julai 2020 hingga 25 Ogos 2020, sebulan dah awak pergi, rasa macam baru semalam cakap dengan awk. Pesan arwah kat kawan-kawan dia atau sesiapa yang sembang dengan dia, Cancer is really no joking. Buat la check up frequent jangan jadi macam dia tak ada simptom apa-apa tetiba dah merebak terlampau pantas. He was 34 years old with healthy life and too young for it. 26 days from his first night fever and he left us peacefully. Doktor kata kes dia rare. 1-2 orang dalam setahun.

04 Jun 2020, 11 malam tengah tengok tv sambil makan durian tiba-tiba dia menjerit sambil mengadu chest dia cramp and sakit sampai tak boleh gerak. Dia terbaring depan tv. Esok paginya pergi klinik doktor cakap muscle pain sebab workout atau angkat berat. Dapat MC sehari. Lepas tu dia kata sakit tu dah tak ada. 26 Jun 2020, kami berdua ambil cuti sebab nak dating makan dan jalan-jalan kat Ikea sebelum balik kampung. Malam tu dia mula demam panas. Esok paginya elok sihat. Malam demam lagi dan siangnya sihat. Rasa tak sedap hati takut Kuman or TB. Tak sangka ini dating terakhir.

28 Jun 2020, kami balik KL terus suruh pergi klinik buat GL nak refer pakar. Esoknya dia pergi MSU Medical Center and doktor kata ok admit lah buat CT scan. 30 Jun 2020, ambil test covid tunggu result and admitted. Lepas itu petang pukul 4 baru buat CT Scan and the journey started. 2 hingga 3 jam lepas tu doktor pergi kat dia cakap “orang yang datang ni sihat, cergas, active tapi reading scan haywire teruk”. Doktor cakap nak jumpa semua family members. Esok tu doktor bagitahu apa yang dia nampak tak berapa nak ok. Paru-paru and hati dah nampak teruk. Cuma dia tak nak jump into conclusion sebab dia tak ada data nak support. Ayat last doktor itu memang boleh terduduk ‘Ill advise you to get prepare mentally and physically for the worst’.

Sudah pasti kanser

2 Julai 2020, semua family datang and masuk bilik meeting discuss. Masa tu doktor bagitahu find out dia. No 1 TB, No 2 kuman infection, No 3 kemungkinan kanser. Jadi dia nak proceed dengan biopsy cepat. Kami semua setuju. Lepas Biopsy lah keadaan dia mula start merudum sikit sebab dah kacau “rumah rosak” tu. 24 jam lepas biopsy dia okay balik sihat macam biasa makan lalu buat keja semua. Cuma malam ja demam. Cold fever. Pegang biasa tapi suhu 39c above.

04 Julai 2020, doktor masih push biopsy result tapi dia tetap tak rasa happy dia deal dengan kawan dia doc pakar jantung kat Hospital Serdang buat appointment untuk diagnose further sebab ada reading hati keep dropping. Bilirubin and Hemoglobin. 06 Julai 2020, hari ini patut discharge. Dia sihat macam biasa. Pukul 1 pm lebih kurang doktor datang bagitahu result biopsy. Its confirmed cancer but still tak tahu kanser apa. Kami dua terdiam. Doktor keluar terus kami dua nangis. Dia kata “kenapa dia, macam mana nanti sayang dengan anak anak”. Terus la drama air mata jadi. Lepas tu kami dua diam layan perasaan and then i told him insyaAllah abang kuat nak lawan. For us. Then dia tetiba ok. Lepas zohor packing nak balik. Masa nak tunggu discharge, dia kata nak lawat doktor say goodbye. Kat bilik doktor dia jalan pusing-pusing lepas tu dia baring atas katil dia cakap. ‘Doktor hati saya macam start sakit’. Doktor kata probably ubat tahan sakit dah habis. At last tak jadi discharge and sambung admit balik sampai esok ambulan bawak pergi Serdang.

07 Julai 2020, dia gerak dengan ambulans ke Hospital Serdang, sampai sana doktor tak boleh nak proceed further sebab biopsy result keluar summary ja tak ada IHC study which is more detail about his tissue sample tu. Masa di Serdang, Dr Ummi datang approach kami tanya kalau nak proceed chemo and fully funding dekat Nilai Medical Center. Kami terus cakap ok boleh sebab reading hati dia day by day drop cepat. While waiting NMC call or next week apointment dengan Serdang dia balik rumah. Tapi sebab ubat nya tak sekuat drip di hospital dia memang nampak sakit dan lemah. Nak bangun duduk pun struggle tapi MashaAllah dia tak penah merungut sakit tu. Demam setiap hari lepas Asar sampai tengah malam.

Ultrasound sebab hati bleeding

09 Julai 2020, kami pergi Nilai Medical Center (NMC) nak sign contract sebab doktor kata Lung Ca mula mula. Masa buat blood screening balik doktor panggil kami dua masuk dia kata from the reading this is not lung ca. We need to wait IHC sebab takut salah Chemo. Doktor kata probably Limforma Ca. So kami pun balik dan sambung ubat tahan sakit dekat rumah sahaja.

12 Julai 2020, 9 pm masa tengah tidokan anak-anak, dia cakap kat mama (my mom) boleh tak tengokkan budak-budak. Lepas tu dia panggil. “Abang rasa macam short breath jom kita pergi MSU Medical Centre. Ketar rasa terus bawak pergi hospital masuk emergency and admitted balik. 13 Julai 2020, doktor buat ultrasound kata nampak hati ada bleeding sikit dorang cuba contact any hospital yang boleh tolong sebab dorang tak ada ubat. Tapi lewat petang doktor datang balik cakap bleeding tu tak significant jadi dorang nak buat endoscopy find out primary or main house cancer dia apa. Esok tu habis procedure doktor datang bagitahu dorang tak jumpa apa-apa sign dari mana kanser dia datang. Then we decided move him to Sunway Medical Center.

14 Julai 2020, check in SMC. Terus kena masuk HDU sebab bacaan jantung tak cun. Esoknya selepas ultrasound doc cakap nothing serious boleh move ke ward. Doktor pun terus buat tumor marker untuk other organ nak find out primary cancer dia. Tapi doktor cakap kanser hati pun include as one of his assumption sebab bacaan bilirubin terlampau tinggi.

Pancreas Cancer

16 Julai 2020, doktor run PET scan full body to still finding primary kanser dia. Doktor pun panggil bincang nak buat chemo high dose 50 jam persession tapi impact dia kalau dia tak free from infection and demam high risk sgt. Boleh bleeding otak, comma etc. Dokor kata kalau tak buat chemo dia mungkin ada weeks sahaja. Masa tu la terus rasa selfishnya aku nak push sedangkan tahu condition dia tak ok. Masa tu keluar bilik doktor duduk lama termenung seorang terus fikir. Tak apalah redhakan sahaja apa yang berlaku. Kalau memang tak ada harapan biar la yang paling mudah. Doktor pun bagitahu dia akan get support from Doc Palliative untuk tolong dia recover and less pain. Dengar sahaja Palliative terus terduduk dan paham yang dia macam tak ada harapan tapi he is really a fighter. He never give up. Luaran dia macam tak sakit langsung.

17 Julai 2020, my birthday and it so different. He texted me he said he crying and sorry he can’t remember my birthday.  I told him i just want to see his smile at me. Masa nak keluar dari ward, doktor masuk dan doktor kata Pet scan report dah keluar. It is Pancreas Cancer. Dah attack lung, hati, tulang belakang dan tulang rusuk. Allahu another shock news to us.

19 Julai 2020, tergerak hati nak bawak anak-anak jumpa dia. Request kat nurse nak bawak turun dia kat bawah lobby sebab sorang sahaja boleh masuk tengok kalau kat bilik. Dia pun kata kawan sekolah dia nak datang. Dia nampak happy dan macam tak sakit pun. Boleh layan semua orang macam biasa. 22 Julai 2020 sepatutnya chemo hari ini tapi demam dia still happened. Hati dia start rasa pain, doktor start bagi morfin untuk less his pain. . Kalau tengok perut dia macam orang mengandung. Hati dia membesar dari size s ke xxxl. Dia start jadi mengantuk. Tapi dia tak tidur pun dia kata bila dia tidur nanti dia macam termimpi bini dia datanglah. Anak anak dia datanglah.

Sudah ada hint

24 Julai 2020, akhirnya chemo start hari ini. Semua infection berjaya kurang dan hilang. Hari ni tergerak hati juga nak bawa satu family including bapa dia yang tak berapa sihat datang melawat dia sebelum chemo start. Alhamdulillah I managed to bring whole of his family member in a room. 1.30 pm doktor start chemo. He was really okay. 3 jam lepas tu tengah sembang dengan dia. Tetiba dia terbatuk. Pastu dia kata rasa nak buang kahak bagi la plastic cup kat dia dia ludah tengok seketul darah beku, terus panggil nurse. Lepas tu dia terus batuk keluar fresh blood 1/3 cup jugak. Doktor datang rescue nak kurangkan batuk dan bleeding, buat x-ray etc. Lepas tu doktor kata kena transfer ke ccu sebab perlu monitor dia. Lepas tu doktor panggil. Doktor tunjuk lung dia seminggu lepas versus hari ni.

Kanser dah merebak terlampau cepat. Bleeding could probably datang dari situ. Masuk bilik dia kata doktor cakap apa. Bagitau sahaja. Cakap la kanser kat lung dah merebak teruk. Terus minta maaf kat dia. Dia kata kenapa nak minta maaf, dia yang patut minta maaf tak dapat jaga kami dah. Terus cakap kat dia. Sayang redha abang. Kalau kata umur abang tak panjang insyaAllah sayang akan kuat jaga anak anak. Malam tu move CCU doktor bagi stay teman dia. Dia ngadu depa kata tak boleh makan sbb takut bleeding lagi plus dia kena fasting esok nak masuk camera check bleeding tu dari mana. Lepas tu dia kata dahaga nak air sejuk. Boleh tak ambilkan. Dia minum bersungguh. 2 botol kecil jugak dia minum. Dalam hati terdetik macam tanda orang nak pergi saja. Terus google. Lepas tu tanya kat dia ada nampak apa apa ke dia kata tak adalah. Rupanya instinct tu betul.

25 Julai 2020, pagi tu nak procedure. Boleh masuk masa melawat sahaja. Balikla rumah dulu mandi semua dan datang balik 1 pm. Masa tu adik dia ada teman dia. Doktor kata bleeding tu tak ada apa-apa yang serious. Nanti nak transfer ke wad biasa balik. Dia suruh adik dia urut dia segala. Lepas tu dia cakap kat adik dia pergi ambil air sejuk coway kat dia. Bila adik dia patah balik ke bilik dia tengok doktor dah ramai. Rupanya BP dia tertiba drop.  Masa tu la sampai terus pergi bilik tengok dia, dia cakap jangan sentuh dia sakit. Allau. Lepas tu doktor panggil keluar nak cakap.

Orang ramai datang

Doktor kata BP dia dah naik balik tapi dia worry jatuh balik. Dia kata better panggil all families member datang. Kalau setuju dia boleh comakan untuk buy time or make him sleep. Tarik nafas dalam-dalam terus cakap kat doktor tak apalah doktor kalau umur dia tak panjang i dah redha. Tak perlu nak koma kan i can’t let him suffer in pain anymore. Then Doc was right, BP dia memang drop balik. Tapi dia still sedar. Doc cakap kita move ke ICU and allowed all peoples in to see him. Dalam 30 minit doktor and nurse prepare dia kat ICU and bagi kami masuk. Kami Minta maaf semua. Ajar dia mengucap banyak kali dia ikut.

Sebak rasa sebab tak percaya akhirnya benda paling ditakuti 3 minggu lepas betul-betul jadi. Dia kata dia nak jumpa mak dia. Semuanya smooth sangat. Cakap kat dia ‘abang sabar sikit ye mak dah nak sampai”. Bila mak dan anak anak sampai cakap dengan dia semua. Terus semua orang minta maaf kat dia jugak serentak. Dia siap cakap .’sorang sorang cakap’. Dia still sedar sampai la nafas dia dah dekat dada. Allahu bila kalih sahaja tengok rupanya ramai sangat families and friends yang dah sampai and nak ucap selamat tinggal kat dia.

Ramai orang sayang awak. Tengok la ramai orang datang tak putus-putus sampai hari kebumi. 4.50 pm he left us. Panggil nurse cakap dia macam dah tak ada. Nurse kata can i call doctor to check and declare. Saya mungkin bukan isteri yang sempurna tapi saya beruntung ada suami yang sempurna buat saya. Walaupun sekejap tapi puas dapat jaga 3 minggu awak sakit. Terngiang-ngiang awak cakap ‘abang rasa kuat bila sayang overnight sini, kekuatan tu luar biasa ‘ semoga kasih sayang kita kekal ke syurga.

Sumber : Syarima Ghazali

SKIP THIS AD ×