berita

‘Tak Sebut Operasi Cegah Maksiat & Khalwat Dihentikan’ – Dr Muhajid

October 7th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa menafikan dakwaan media yang melaporkan seolah-olah dirinya membenarkan perbuatan maksiat dan khalwat.

Artikel berkaitan: Mufti Terkejut, PU Pula Minta Dr Muhajid Letak Jawatan

Dakwa Dr Muhajid, kenyataannya itu telah disalah tafsirkan menerusi sebuah artikel terbitan The Star itu.

Berbaur fitnah

Datuk Mujahid menafikan laporan terhadap kenyataan itu dan ianya telah disalah tafsir. Dia menjelaskan konsep nahi dan mungkar tidak hanya dilaksanakan dalam bentuk penguatkuasaan semata-mata. Malah, dia turut menekankan pendekatan terhadap soal dakwah dan pendidikan keluarga sebagai bentuk tindak balas bermasyarakat.

Tambahnya lagi, dia menyifatkan artikel itu juga seolah-olah berbaur fitnah terhadap dirinya.

Kenyataan saya dalam temu bual The Star itu, apa yang disebut dalam kepala tajuk itu tidak keluar daripada mulut saya.

Saya hanya bercakap tentang isu kesalahan ataupun yang dikatakan ruang awam dengan ruang peribadi bahkan saya juga turut tekankan berkenaan  salah guna kuasa dan pencerobohan di ruang peribadi yang tidak menggambarkan kaedah dan cara Islam.

Itu semua adalah tambahan editor

Saya tidak pernah menyebut isu kononnya operasi cegah khalwat dihentikan pada waktu malam tidak diketuk pintu. Itu semua adalah tambahan daripada editor yang mengambil rumusan mereka sendiri daripada kenyataan-kenyataan saya, sila rujuk kepada interview di dalamnya yang lebih tepat kepada maksud yang ingin sampaikan.

Datuk Mujahid meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan sehingga menyebabkan dia terima sindiran dari pihak tertentu. Malah, perbuatan editor itu dilihat satu bentuk manipulasi terhadap kenyataannya.

Walaubagaimanapun, Datuk Mujahid akan menjelaskan perkara ini secara terperinci pada hari Isnin.

Sumber: Sinar

SKIP THIS AD ×