berita

Tak Sempat Joli, Peragut Lunyai Kena ‘Flying Kick’ Orang Awam

January 3rd, 2019 | by faris
Kini Trending

Jenayah ragut kerap dilaporkan di media sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai. Apatah lagi melibatkan mangsa yang cedera dan ada yang maut kerana tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

Sekumpulan orang awam melempiaskan amarah kepada seorang peragut dalam satu kejadian di Melaka, beberapa hari lalu.

Dibelasah orang awam

Peragut berkenaan  tidak hanya ‘kempunan’ untuk menjoli hasil ragutnya namun terpaksa menanggung kesakitan selepas dibelasah orang awam di Jalan Bunga Raya Pantai, Melaka awal bulan ini. Turut menarik perhatian adalah tindakan salah seorang orang awam yang memberi ‘flying kick’ ke atas suspek beberapa kali.

Lelaki 39 tahun itu dicekup orang ramai pada 11.40 malam ketika cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal selepas meragut beg tangan pelanggan restoran berhampiran.

Difahamkan, lelaki berkenaan juga sebelum ini terbabit dengan kejadian ragut di hadapan sebuah hotel dan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) insiden itu turut tular di laman sosial.

Ragut mangsa di restoran

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata mangsa bersama suaminya sedang makan di restoran sebelum diragut suspek.

Bagaimanapun orang awam yang kebetulan berada di lokasi berhampiran menyedari kejadian itu kemudian cuba mengejar sebelum suspek berjaya ditangkap.

Polis kemudian dimaklumkan mengenai kejadian sebelum tiba di lokasi lima minit kemudian dan membawanya ke balai.

Afzanizar berkata, berikutan tertangkapnya lelaki itu, semua barangan milik mangsa dikembalikan dan tiada kehilangan direkodkan.

Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/Polis

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×