berita

‘Tak Sempat Solat, Makan, Tukar Pad…’ – Petugas Frontliner Covid-19 Kongsi Pengalaman

March 21st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Mengalas tanggungjawab sebagai petugas barisan hadapan (frontliner) Covid-19 adalah bukan sesuatu yang mudah. Tidak dinafikan mereka juga terpaksa berdepan dengan risiko jangkitan demi merawat beratus pesakit postif Covid-19.

Seorang petugas barisan hadapan iaitu Nadiya Ali sempat berkongsi pengalaman menjalankan tanggungjawab itu. Mereka terpaksa berkorban tenaga dan masa. Malah, mereka juga turut merasai nikmat menunaikan solat pada waktunya ditarik.

Air mata mengalir tak tentu masa

Luahan jururawat yang bertugas di barisan hadapan ini meluahkan pengorbanan dihadapi setiap dari mereka. Mereka terpaksa mengorbankan tenaga dan masa demi menyelamatkan ratusan nyawa yang dijangkiti positif Covid-19.

Kami yang jaga corona ini penat sangat. Tak sempat solat (terpaksa solat jamak), makan, tukar pad sampai tak sedar bocor, bila nak tukar baju baru perasan. Balik lambat 1 atau 2 jam tu semestinya, sebab ada banyak benda untuk diselesaikan. Bila balik risau, kut-kut dapat pesakit positif. Air mata mengalir tak tentu masa.

Rasa nikmat ibadah ditarik

Disebalik ujian besar dari Allah SWT yang melanda segenap dunia ini telah membuatkan dirinya merasai nikmat ibadah ditarik. Begitu juga nikmat solat pada waktu. Kematian yang berlaku di depan mata membuatkan petugas-petugas kesihatan merasai ketakutan akan kebesaran Allah. Sentiasa memohon perlindungan dariNya.

Tak fikir pun pasal corona, tiba-tiba automatik keluar air mata. Tak tau kenapa, mungkin burn out. Mungkin la. Tapi yang saya tak tahan adalah bila rasa nikmat ibadah ditarik. Nikmat solat pada waktunya ditarik. Memang boleh jamak. Tapi tetap rasa lain. Kami banyak kali tengok seksanya sakratul maut. Kami takut. Kami nak solat. Kami nak memohon kepada Allah, kami nak laksanakan tugas hamba. Tapi bila jadi macam ini, susah.

Tak dapat nikmat solat pada waktu

Akhir kata, jururawat ini turut meninggalkan pesanan buat seluruh rakyat Malaysia untuk mengikut perintah dan arahan daripada Kerajaan. Langkah yang diambil pihak Kerajaan dan pihak berkuasa ini adalah bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Sebelum ini kerja kat dalam kecemasan memang ada je waktu solat yang tak sempat dikejar. Tapi bila ada covid ini, makin teruk. So, pada rakyat Malaysia yang degil, rasa tak apa untuk keluar jalan-jalan, kalau kes covid makin teruk selepas 31 Mac 2020, kat akhirat nanti saya akan mengadu pada Allah.

Sebab korang, kami tak dapat nikmat solat pada waktunya. Pada yang bersatu memberi kerjasama pada kerajaan, terima kasih. Moga kita semua terlindung dari wabak ini. Dan semoga kita dapat maraton ibadah di bulan Ramadhan nanti bersama-sama.

Sumber: Nadiya Ali

SKIP THIS AD ×