Pelakon Ika Nabella memberi pandangan tentang pendapat orang ramai untuk menambah zuriat.
Artikel berkaitan: ‘Kulit Putih Tak Semestinya Sihat & Cantik’ – Ika Nabella ‘Sekolahkan’ Wanita Taksub Kulit Muka Cerah
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Janganlah Dekat Dengan Suami Orang, Ramai Lagi Lelaki Bujang’ – Ika Nabella
Tak semua mampu anak ramai
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Ika berkata, dia masih menerima soalan dan petua untuk memiliki anak meskipun sudah mempunyai seorang cahaya mata.
Macam mana la pasangan belum ada anak handle soalan, idea, pandangan dan petua yang orang bagi dekat mereka kan? Saya yang dah ada anak ni pun ramai bagi pandangan itu ini.
Cuma Allah lebih mengetahui setiap sesuatu. Saya dan suami terima semua pandangan dengan hati terbuka walaupun kadang ada masa Zaid atau Ika agak tegas menjawab setiap persoalan bukannya apa kami lebih kepada nak jaga hati sesama sendiri dari terkesan dengan kata-kata orang.
Menurutnya, tidak semua orang mampu untuk memiliki anak yang ramai dan banyak faktor perlu diambil kira.
Setiap dari kita ada cara tersendiri dalam membesarkan dan mendidik anak. Ada yang sesuai anak berderet, ada yang tidak.
Bukan semuanya tentang kewangan (walaupun saya setuju ada anak ni tak murah bagi sesetengah pasangan) banyak aspek lain juga sama penting dalam merancang keluarga antaranya masa, didikan, emosi dan lain-lain. Allah juga lebih mengetahui.
Dalam pada itu, Ika bagaimanapun memberitahu dia tidak menolak rezeki untuk memiliki zuriat yang ramai.
Eh ini tak bermakna saya menolak untuk tambah anak tau hehe saya nak. Saya doakan semua yang ttc cepat-cepat dikurniakan zuriat termasuklah saya. Ramai kata saya dah bersedia, Noah pun dah bersedia.
Kalau apa-apa nanti saya panggil yang kata bersedia tu la tolong saya serba sikit kat rumah, boleh? Hahaha.
Untuk rekod, Ika dan suami, Muhammad Zaid mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Noah Zayn yang kini berusia enam tahun.