berita

“Tak Sepatutnya Jadi Isu Langsung” – Ning Baizura Jawab Fesyen Dilabel ‘Gay’

September 24th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Minggu lepas, tiada angin tiada ribut tiba-tiba muncul isu mengenai fesyen yang dilabel gay. Melalui isu ini, OHBULAN! berjaya menghubungi selebriti seperti Zain Hamid dan juga bekas wartawan senior, Joe Lee untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai isu fesyen & gay dalam artikel bertajuk “Lelaki Gemar Memakai Baju Kolar V, Gay?“.

Tidak cukup disitu, OHBULAN! baru-baru ini berpeluang menemui Ning Baizura yang sedang hamil 5 bulan dan berjaya mendapatkan pandangannya mengenai isu pemakaian dan imej ‘gay’.

“Saya rasa, ia tak sepatutnya jadi isu langsung. Sebab kita tahu, memang dari dulu lagi itu adalah fesyen.Tak semestinya dari cara pemakaian mereka, mereka itu serong,” ujar Ning Baizura.

Penyanyi ini juga turut memberitahu bahawa pendapat dan isu yang dikeluarkan ini agak kolot dan Ning mengaku dia sendiri menyuruh suaminya memakai baju berleher V.

“Bagi saya pendapat ini agak kolot. Saya sendiri yang pilih baju dan menyuruh suami saya pakai v-neck, bagi saya itu hanya fesyen,” tambah Ning lagi sambil tertawa.

Ditanya pula mengenai lelaki yang membawa beg bimbit seperti wanita, Ning tetap menafikan segala label mengenai ‘gay’ dan menganggap penggunaan beg sebegitu adalah sebagai kemudahan seharian.

SKIP THIS AD ×