berita

Tak Setuju Kediaman Najib Diserbu, Wanita Ini Selar Polis Geledah Pada Waktu Malam

May 17th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Semalam, pihak polis menyerbu kediaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. Selepas lapan jam, polis membawa keluar tiga kotak berisi barangan peribadi dari kediaman rumah itu.

Namun, serbuan itu yang diadakan sehari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dirasakan tidak patut dijalankan.

Mana pembela hak asasi manusia?

Seorang netizen berpendapat serbuan itu merupakan satu penyalahgunaan kuasa yang tidak disuarakan. Individu itu turut mempertikai di mana menghilangnya pejuang hak asasi manusia yang selama ini mempertahan isu berkenaan di Parlimen.

Isu masa serbuan

Apabila ditanyakan bagaimanakah tindakan polis itu dilihat sebagai penyalahgunaan kuasa, menurut wanita ini, waktu serbuan pada waktu malam adalah isu utama.

Kejutan dan kelajuan amat penting

Seorang pengguna pula berpendapat, apabila membabitkan jenayah penggubahan wang, kejutan dan kecepatan adalah amat penting kerana suspek mungkin akan mencuba memusnahkan bukti.

Boleh dibuat bila-bila masa

   

Ujar seorang lagi pengguna media sosial, pihak polis boleh menyerbu bila-bila masa asalkan mereka mempunyai waran. Tanpa waran, tiada apa yang boleh dilakukan.

SKMM, polis serbu orang tweet kena bawah Akta Sakit Hati

Isu itu kemudiannya dibandingkan dengan serbuan yang dilakukan oleh pihak polis dan Suruhanjaya, Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap mereka yang membuat posting tweet bertentangan dengan kerajaan sebelum ini. Apa yang dipos di akaun Twitter mereka juga merupakan hak asasi masing-masing.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×