berita

Tak Sia-Sia ‘Mandi Hujan’ Atas Stage, Haram Juara AJL 33

February 4th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sebentar tadi, berlangsung dengan meriah Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) di Axiata Arena, Bukit Jalil dalam menyaksikan pertaruhan 12 buah lagu berentap secara senget bagi merangkul trofi AJL33 tahun ini.

AJL33 tahun ini menyaksikan lagu Haram ciptaan Hael Husaini & Ezra Kong dan nyanyian lunak suara Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah telah dinobatkan sebagai Juara Lagu 33 sekali gus membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM50,000. Berikut merupakan senarai penuh para pemenang di AJL33. Tahniah buat semua finalis!

Haram juara AJL33

Malam ini menyaksikan persembahan padu dan bertenaga dari penyanyi Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah sehingga diangkat sebagai memegang trofi Juara Lagu AJL33. Lagu Haram dicipta penulis lirik dan komposer Hael Husaini & Ezra Kong. Pasangan duet ini membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM50,000.

Naib juara

Persembahan Ara Johari menerusi lagu Bunga telah dinobatkan sebagai pemenang Naib Juara AJL33 sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM35,000. Penulis lirik Hang Nadim dan komposer Hang Nadim, Laq dan Kadok.

Tempat ketiga

Tempat ketiga tahun ini disandang penyanyi Misha Omar menerusi lagu Sampai Bila ciptaan penulis lirik Fedtri Yahya & Shah Shamshiri, komposer Sharon Paul. Pemenang di tempat ketiga turut berjaya membawa pulang trofi berserta wang tunai bernilai RM20,000.

Vokal terbaik

Tidak dinafikan lagi persembahan nyanyian Misha Omar sememangnya power sehingga berjaya merangkul Anugerah Vokal Terbaik bagi tahun ini. Persembahan dari Misha Omar ini sememangnya dinanti oleh ramai peminat untuk memperdengarkan kemerduan suara dan vokalnya.

Misha Omar telah membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Persembahan terbaik

Anugerah Persembahan Terbaik AJL33 bagi tahun ini pula dipegang oleh Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu. Memang terbaiklah persembahan Sufian Suhaimi ini sampai sebak semua penonton.

Tahun ini menyaksikan Anugerah Juara Lagu 33 melabuhkan tirai dengan sangat meriah dari persembahan barisan artis dan penonton. Tahniah diucapkan buat semua pemenang dan finalis AJL33 tahun ini!

SKIP THIS AD ×