Pelakon dan model terkenal tahun 90-an, Zahnita Wilson meluahkan rasa terkilan apabila ada individu yang membandingkan dirinya dengan beberapa selebriti lain.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Hilang Beratus Pengikut Sebab ‘Naked Face’, Zahnita Wilson Bersolek Semula – ‘Dah Sikat Rambut’
Artikel berkaitan: ‘Mungkin Cara Itu Dia Boleh Tarik Perhatian Ramai’ – Neelofa Bidas Teguran Zahnita Wilson
Didakwa ada masalah mental
Menerusi hantaran di Instagram, individu tersebut turut mendakwa Zahnita menghidapi masalah kesihatan mental.
Saya rasa awak ada masalah mental. Tak boleh ke awak jadi lagi cantik macam Sarimah Ibrahim atau Marion Caunter?
Tidak berdiam diri, Zahnita menegaskan untuk tidak menonton kontennya sekiranya tidak suka.
Kalau awak tak suka konten mengarut saya, boleh berambus… adeh nak buat skincare tak jadi! Dah lama tak merepek kan?
Ruangan ini hanya satu sudut pandangan… bukan pandangan saya… ia pandangan awak terhadap saya. Ya, memang ia berbeza dan berlainan daripada apa yang awak lihat selama ini.
Konten saya menunjukkan realiti yang sebenar dan di dalam dunia yang penuh dengan pembulian siber ini, saya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang isu ini. Selamat malam.
Sementara itu, Zahnita sempat menyindir dengan mengatakan individu terbabit yang membuatkan dirinya ada masalah mental.
Mungkin betul saya ada masalah mental, terutama dengan orang macam awak.
Berdasarkan pemerhatian, hal ini adalah kerana Zahnita sering memuat naik hantaran tanpa sebarang solekan dan menjadi dirinya sendiri di media sosial.
Sekadar info, Zahnita merupakan seorang model terkenal dan pernah menjadi kegilaan ramai pada zaman 90-an kerana memiliki tubuh badan yang tinggi, kurus dan wajah cantik semula jadinya.
Malah wajahnya juga sering kali menghiasi muka depan majalah-majalah terkenal dan antara heroin yang menarik perhatian peminat terutama lelaki.
Sumber: Zahnita Wilson